Cerita Malam Raya 2

Teratak pena | Friday, July 11, 2014 |


Selamat kembali....

Erm... Sekarang ni nak cerita pasal malam raya masa Cik Siti bertunang dengan Cik Abang.  Masa tu tahun 2001.  Cik Siti bertunang masa tu raya ketiga.  Nak jadikan cerita yang rumah nenek Cik Abang ni depan rumah Cik Siti.  Jadi kalau malam raya tu rumah nenek dia memang meriah dengan bunga api dan mercun.  Maklumlah... orang lelaki yang ramai.  pas tu memang senang nak cari bekal bunga api dengan mercun.

Yang rumah Cik Siti ni sebelah dengan rumah nenda Cik Siti.  Pak sedara pun apa kurangnya.  Tapi yang rajin main tu dua orang je.  Malam raya dua hari sebelum bertunang kita orang melancarkan perang mercun. Pang Pung Pang Pung.

Agak-agak korang siapa yang memang?

Dah tentulah Cik Abang yang menang.  Dah adik beradik support mercun.  Tak boleh nak buat apa dah.  Hehehe.... orang lama main ketuk botol Cik Siti pulak main lawan main mercun.  Nasib baik tak ada apa-apa.  Kalaulah Cik Abang main meriam, rasa-rasanya mahu Cik Siti angkat bendera putih.

Sekarang ni, kita orang masih lagi main mercun.  Ops!  pecah rahsia lak.


1 comment:

  1. Salam Siti..penuh nostalgia yer mlm raya...kenangan manis seblm brtunang tuh...(^_^)

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page