Cerita Malam Raya

Teratak pena | Wednesday, July 09, 2014 |


Selamat bersua kembali...

Dalam diam sudah 11 hari kita puasa hari ni.  Kalau masa kecik-kecik dulu selalu sangat dok mengira baki puasa.  Yelah... Tak sabar nak sambut Raya.  Tambahan pulak lagi kalau kampung tu jauh di mata.  Dulu, Cik Siti dok Segamat.  Bila masa nak balik Melaka rasa seronok sangat.  Yelah.... sudalah cuti panjang nak dapat duit raya lak tu.

Kalau kat kampung malam raya memang meriah.  Dulu masa Cik Siti kecik-kecik dulu malam raya memang kalau boleh nak sengkang biji mata. Kalau boleh tak nak tidur sampai pagi esok.  Siap tertaruh lagi.  Siapa yang tidur dulu kena bagi duit raya.  Masa tulah dok cerita yang bukan-bukan keluar.  Apa lagi kalau bukan cerita pasal hantu!

Atuk dengan nenek dan membebel panjang.  "Tidurlah.... Esok nak bangun awal"  Erm.... kita orang buat tak tahu je.

Tik!Tik!Tik! jam dah pukul satu setengah mata dah tak boleh nak tahan lagi.  Ala.... biarlah pak dare tu cerita sorang-sorang.  Nak bagi duit raya bagilah... Sebelum kita bagi kat dia kita bagi kat mak kita dulu.... hehehe..

Kalau nak dikenangkan memang banyak kenangan malam raya.  Kalau nak dicerita memang tak habis.  Nak tahu tak apa cerita malam raya masa Cik Siti nak bertunang dengan Cik Abang?

Tunggulah....

Da.... Selamat Berpuasa!

7 comments:

  1. malam raya main bunga api
    yeah!

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah..
    Memang malam raya macam ada keistimewaan tersendiri. Terbawa-bawa pulak sampai jadi mak orang ni. Seronok mendengar alunan takbir,sayunya satu macam ..feeling syahdu habis, tapi bila pagi raya lepas solat sunat hari raya, memang dah tak rasa apa2 .. itu sebab keseronokan malam raya terus terbawa-bawa hingga sekarang :-D

    ReplyDelete
  3. Sekarang saya ni pun rasa excited nak balik raya kak! kalau boleh nak balik hari nie... hehe

    ReplyDelete
  4. Dja: Seronok, kan? tambahan lagi kalau di kampung

    ReplyDelete
  5. Dik Nita: Sabar ye dik.... dua minggu je lagi

    ReplyDelete
  6. biasalah kalau dah berkumpul sepupu-sepupu memang tak boleh tidur..yelah jarang dapat berjumpa..sekarang giliran anak2 lah pula..

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page