TIGA JODOH- Novel Kedua untuk tahun 2017

Teratak pena | Wednesday, July 19, 2017 | Be the first to comment!



Bertemu kembali....

Al-hamdulillah... Syukur kepada ALLAH.

Novel kedua untuk tahun ini yang bertajuk TIGA JODOH sudah pun diterbitkan di bawah terbitan Cute Publication.

Seperti entri sebelum ini, Cik Siti nak share macam mana Cik Siti dapat ilham dari TIGA JODOH ni kan?  Ilhamnya cuma satu.  Cik Siti dan adik-adik Cik Siti.  Adik-beradik Cik Siti ada tiga orang dan semuanya perempuan.  Sama seperti di dalam cerita TIGA JODOH, kami dijaga oleh bonda Cik Siti keseorangan.( Ibu tunggal).

Watak Hero?  Pun berkisar kehidupan Cik Siti.  Hero pertama: Doktor... Cik Siti garapkan dari arwah ayah yang bekerja sebagai pembantu perubatan.

Hero kedua: Cik Siti garapkan dari kerja dinda Cik Siti sebelum ini.  Dia pernah bekerja dalam pembinaan kapal terbang.

Hero ketiga:  Dari adinda Cik Siti yang bongsu yang bekerja di Bursa Saham.  Jadi, Cik Siti godak, campur ramuan sana sini maka terhasillah TIGA JODOH.  Nak tahu cerita dan teaser?  bolehlah melawat blog TERATAK PENA.

Walau bagaimana pun..... terima kasih yang tidak terhingga kepada CUTE PUBLICATION kerana memberi peluang untuk menjadi sebahagian ahli CUTE PUBLICATION.

Jom!  Pre order TIGA JODOH sudah dibuka.  Jom pakat beli

Rezeki Allah

Teratak pena | Wednesday, July 19, 2017 | 3 Comments so far
Selamat Malam Semuanya...

Firstly, nak ucapkan jutaan terima kasih masih yang masih sudi bertandang di teratak ni.  Cik Siti yakin dengan rezeki Allah.  Mungkin Cik Siti tidak dapat rezeki yang diharapkan kerana Allah dah pilih rezeki lain untuk Cik Siti.  Mungkin dengan berkat kesabaran dan juga mungkin kerana Cik Siti percaya dengan rezeki Allah.

Tahun ni, Cik Siti menghadiri dua buah temuduga.  Mungkin sudah tertulis sudah bukan rezeki Cik Siti, Cik Siti redha dan tipulah kalau kata Cik Siti tidak berputus asa.  Namun apa yang pasti Cik Siti teruskan juga kehidupan yang sedia ada tanpa Cik Siti sedar, Allah nak berikan rezeki yang lagi besar untuk Cik Siti.

Bulan Februari hari tu, Novel CINTA KAU DI MANA sudah pun diterbitkan di bawah KAKI NOVEL.  Rasa gembira dan terharu silih berganti.  Rasa macam tak percaya pun ada.  Rasa seperti dalam mimpi bila dapat pegang novel sendiri.

Yang paling mengharukan, sokongan dari semua keluarga, saudara dan pembaca yang telah memberikan Cik Siti satu semangat untuk saya terus menulis.  Kemudian, Cik Siti beranikan diri untuk menghantar manuskrip baru kepada penerbit lain.  Al-hamdulillah.... kegagalan temuduga kenaikan pangkat Allah membalas rezeki yang lain.

Manuskrip Cik Siti diterima oleh Cute Publication dan setuju untuk menerbitkan satu novel Cik Siti.  Sungguh Cik Siti tidak menyangka kerana ianya ibaratkan sebagai satu mimpi.  Bulan ini (JULAI 2017) adalah bulan dengan penuh kesyukuran kerana Novel kedua untuk tahun ini telah diterbitkan.  TIGA JODOH adalah sebuah naskah yang memberi makna kepada Cik Siti.

Nak tahu dari mana dapat Ilham dengan tajuk TIGA JODOH ni?  Adik-beradik Cik Siti.   Nak tahu lagi? tunggu next sembang.

CUSOON


Hati Merintih Tiada Siapa Yang Tahu

Teratak pena | Friday, June 30, 2017 | Be the first to comment!
Salam Syawal Semua....

Dah lama sangat tak singgah teratak Bayu Kenangan ni.  Kalau tuan tanah kedaung susah nak jejak rumah, apalagi yang tetamu yang singgah.  Rindu memanglah rindu... tapi itulah, sibuk memanjang.  Sekarang ni sibuk menyiapkan mss novel yang baru.  hurm... sebenarnya sekarang ni mood dah kelaut.  Nak menaip dah tak ada idea dan sekarang mood tengah down sangat.  Sebab itu idea ni entah hilang ke mana.

Sebab apa, rasa macam diri ini macam hina sangat.  Rasa macam nak menangis pun ada, rasa sedih pun ada, nak marah pun ada, semua ada.

Aku rasa mood nak bekerja macam dah tak macam dulu.  rasa macam hati ni kena ramas macam hampas kelapa.  Apabila kita menolong orang, dan orang yang kita tolong buat tak tahu, terima kasih pun tidak, agak-agaknya apa yang dirasa?  fikiran aku satu saja.  Mungkin bagus untuk aku mengetahui semua kerja.  tetapi fahamilah.  aku bukan robot dan aku bukan komputer yang boleh sumbat semuanya.  Sedangkan komputer pun ada tempat simpanan dan ada quotanya.  Apalagi aku yang bernama manusia.

walau pun raya, tapi hati ni rasa sedih yang amat sangat.  Aku tahu, masih ada harapan untuk aku

JADUAL PENULIS KAKI NOVEL UNTUK PBAKL 2017

Teratak pena | Sunday, April 23, 2017 | Be the first to comment!

Salam readers....

Lama sangat tak coretkan sesuatu di dalam teratak ni... Minta maaf banyak-banyak.  BZ melanda sejak dua menjak ni.  Alahai.. BZ lah sangat.  Okey, kepada sesiapa yang berkelapangan, boleh terjah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 yang kembali bersiaran di PWTC.  Yeha....

Untuk makluman, saya akan berada di sana pada 30 April 2017 dari jam 2.30 petang sehingga jam 4.00 petang.  Kalau nak berjumpa dengan penulis lain, bolehlah refer jadual yang telah diberikan.

Perasaan?  Gementar yang amat sangat  Rasa macam kecil aje, sebab ramai lagi penulis terkenal dan popular.  Bersama-sama dengan penulis hebat membuatkan saya takut.  Diharap segalanya berjalan dengan lancar.

Kepada peminat novel, rasanya inilah yang dinantikan.  Bukan sahaja dapat berjumpa dengan penulis kegemaran, apa yang penting dapat mendapatkan naskah dengan harga yang berpatutan dan murah.  Apa lagi... jom serbu!

Novel: Cinta Kau Di Mana - Kaki Novel (Keluaran Februari 2017)

Teratak pena | Tuesday, January 17, 2017 | Be the first to comment!

Assalamualaikum Semua....

Al-hamdulillah... Novel Cinta Kau Di Mana telah diterbitkan untuk keluaran Februari 2017.  Jatuh bangun akhirnya manuskrip telah dibukukan.  

Kepada yang telah memberi sokongan terima kasih banyak diucapkan.  Jika tiada semangat dari semua mungkin saya tidak dapat menghasilkan novel ini.  

Jom layan sinopsis novel ini:

LAYAN SINOPSIS~~
“Okey, kalau itu yang Su putuskan jadi hubungan kita juga putus.” – Zahid.
Kata-kata itu membuatkan Suraya sedih apabila kekasih hati tidak mempercayai dirinya. Hanya kerana dia ingin menjadi rezeki di bandar, akhirnya perpisahan terjadi di antara Suraya dan Zahid. Suraya akur walaupun hatinya dihiris pilu.
“Abang akan bahagiakan Su sehingga nafas terakhir abang. Dan abang akan relakan Su mencari cinta lain sekiranya cinta kita singkat dan putus sebelum ke jannah.” –Aliff.
Cintanya kepada Aliff daripada seorang sahabat kepada suami membuatkan dia bahagia. Namun… dalam hatinya ada perasaan bersalah yang amat sangat kepada Zulaika, sahabatnya sendiri kerana dia dianggap sebagai perampas. Dengan Aliff, cintanya utuh walaupun dia kehilangan lelaki itu. Perpisahan itu juga membuatkan Suraya meraba-raba dalam kelam kerana ditinggalkan sendirian.
“Awak ni, saya cakap dengan awak. Bukan dengan tunggul!” - Ikhsan.
Lelaki ini? Memang dia rasa ingin berpisah sahaja. Lelaki ini sering membuat Suraya geram dan gelaran ‘hati batu mata kayu’ memang kena dengan lelaki itu. Kalau bukan sebab nak cari rezeki, dah lama dia tinggalkan lelaki ini.
“Kenapa pilih saya? Masih ramai lagi anak dara yang boleh Encik Ikhsan pilih. Saya seorang janda, Encik Ikhsan. Saya miskin, dan tak setaraf dengan Encik Ikhsan.” –Suraya.
Dia tidak mahu merana lagi. Sudap cukup apa yang telah terjadi dalam hidupnya sebelum ini. Hati Suraya sering merintih. Kekasih hati yang ragu-ragu akan kasih sayangnya, suami yanG meninggalkan saat dia memerlukan dan lelaki yang sering membuatkan dia rasa tidak senang.
Bagaimanakah Suraya ingin menamatkan derita jika derita itu sering mengejarnya? 

Jangan lupa dapatkan novel ini di Kaki Novel.  

Semenanjung: 

RM 22.00 (Bukan Ahli)
RM 18.00 (Ahli)

Sabah/Sarawak:

RM 25.00(Bukan Ahli)
RM 21.00(Ahli)

Penghantaran Percuma Ye ☺

Rezeki Bersama Kaki Novel

Teratak pena | Wednesday, August 31, 2016 | Be the first to comment!

Salam bersiaran....

Tumpang lalu,,,,, tuan tanah kedaung nak menempel kat sini.

Okey.... hari tu Cik Siti cerita pasal rezeki, hari ni pun nak cerita pasal rezeki.  Hari tu rezeki Cik Siti dengan Penulisan2u dan kali ni rezeki Cik Siti dengan Kaki Novel pulak.

Sebenarnya Cik Siti ada hantar manuskrip di kaki novel last year.  Tapi mungkin tak ada rezeki bila nmanuskrip tu ditolak. Adalah beberapa alasan yang buatkan dia orang tolak.  lepas tu awak tahun Cik Siti hantar manuskrip yang lain.  Hampir 6 bulan Cik Siti tunggu dan dua tiga hari sebelum raya Cik Siti dapat email dari Kaki Novel yang mana manuskrip yang Cik Siti hantar berjaya seisi penilaian dan bakal diterbitkan.  Al-hamdulillah.... memang rasa macam tak percaya je.  Nak menangis pun ada juga.

Masa baca surat tawaran tu macam nak melompat cecah bumbunglah.  Sampaikan rakan-rakan pejabat dok tanya kenapa.  Tak sabar rasanya nak keluarkan novel yang kedua selepas Masihkah Ada Kasih tahun 2005.

Untuk masa sekarang ni Cik Siti masih lagi menulis.  Masih jauh lagi sasarannya.  Cuma apa yang penting sekarang ni berusaha selagi terdaya.  Menurut pihak penerbit, novel Cik Siti bakal diterbitkan tahun hadapan.

Okey.... sama-sama kita tunggu ye.



Hebatnya Kuasa Memberi

Teratak pena | Thursday, August 11, 2016 | Be the first to comment!


Salam Kembali....

Rasanya dah tak boleh nak cakap apa dalam teratak ni.  Rasanya bukan je sawang, atok nenek sawang pun belum tentu dapat nak bersihkan rumah ni.  Tak tahu mananya hilang mood nak berblog.  Mungkin sibuk(buat-buat sibuk je) mengalah VVIP.  Hakikatnya mood down... down....down....

Okeylah entah kenapa hari ni. Macam terpanggil nak coret sesuatu dalam teratak ni.  Nak post kat FB rasa macam.... entahlah.  Takut orang salah faham pulak.  Okey, kuasa memberi.  Erm.... macam mana nak mulakan dulu ye.

Rezeki.... di tangan Allah. Cik Siti yakin dengan rezeki Allah.  Walau sesak macam mana pun Cik Siti yakin dengan Allah.  Allah itu maha memberi.  Yang sebenarnya, dah lama juga Cik Siti terdetik nak kongsi, cuma tak berkesempatan pulak.  (Kata VVIP kan)

Apa yang penting.... Jangan lupa Allah, Jangan Lupa Ibu dan Ayah.... Jangan lupa memberi... kerana dengan niat ikhlas itu Allah membalasnya dengan mudah. Dan yang penting jangan sesekali mengungkit dan merungut. Kalau kita merungut tak cukup, tak cukuplah dia.  Fikirkan.... Allah ada untuk memberikan kita rezeki.

Minggu lepas, 05 ogos 2016 opis Cik Siti buat open house.  Cik Siti ambil keputusan nak sumbangkan roti jala dan muffin.  Niat Cik Siti, bukan sahaja dia orang dapat makan kenyang, kalau ada rezeki boleh bawak rumah.  Bila member dapat buat balik rasa macam seronok sangat.  Sebab memang dah niat Cik Siti.

Then.... 09 ogos 2016 Cik Siti dapat wassup dari bonda Cik Siti.  Dalam wassup tu, dia kata "Along, duit kutu kau ada dengan mak.  Nak mak transferkan ke?"  Al-hamdulillah.... Cik Siti memang tak pernah ambil port pun giliran kutu Cik Siti sebab bonda yang uruskan.  Taklah banyak sangat.  50 ringgit sebulan je.  Tapi yang mengejutkan jumlah kutu Cik Siti satu kali ganda dari apa yang telah Cik Siti beri masa jamuan opis hari tu.

Cik Siti ambil keputusan tak ambik semua dan berikan lebih kurang separuh dari duit kutu pada bonda.  Jadi bonda pun transfer dan memang bersyukur sangat-sangat masa tu.  Esoknya Cik Siti ada training di TMTC dan masa tu dapat miss call yang mana memang Cik Siti tak boleh nak jawab.  Maklumlah.... jadi akauntan masa tu.  Bukak mulut je dapat point.  Bukak mulut je dapat point. Jadi tak boleh nak leka.  Nanti tak tulis point, Sapa yang salah? Cik Siti juga yang salah.  Tak pasal-pasal kena belangkung dengan member lain.

Esoknya... Cik Siti kerja macam biasa.  Telefon berbunyi dan Cik Siti dapat nombor semalam yang dah buat miss call kat nombor Cik Siti.  Jadi Cik Siti pun angkat dan panggilan tu dari KARYASENI.  Okey, Cik Siti jawab macam biasa dan masa tu bergetar rasa hati Cik Siti bila mereka mengatakan cek Cik Siti sudah pun sedia untuk pos.  Cik Siti terkejut.  Hah?  Cek dah ready?  Cik Siti memanglah. Memang tak pernah ambik port bila cek boleh ready.  Sebab Cik Siti Yakin rezeki tu ada.

Apa yang paling mengejutkan..... amaun royalti yang Cik Siti dapat dari buku Antologi Melodi Cinta Edisi 3 yang telah dikeluarkan bulan Mei lepas adalah satu kali ganda dari amaun yang Cik Siti berikan pada bonda Cik Siti.  Masa tu, macam nak mengalirkan air mata. Ya Allah.... Terima Kasih dengan apa yang telah kau berikan kepada ku Ya Allah.

Cik Siti yakin.... Rezeki Allah itu ada.  Apa yang penting, niat memberi itu.

Mood sekarang:  Bunga-bunga riang.



PBAKL 2016

Teratak pena | Friday, April 29, 2016 | 2 Comments so far


Selamat Bersiaran Kembali...

Kepada semua yang diluar sana.... Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kembali lagi.  Kali ini dibuat di MAEPS dan bukannya seperti tahun-tahun yang lalu iaitu di PWTC.  PBAKL akan berlangsung selama dua minggu iaitu bermula dari 29 April 2016 (hari ini) dan yang sememangnya inilah yang selalu Cik Siti tunggu-tunggu.

Pertama sekali Cik Siti nak perbaharui langganan majalah untuk anak-anak Cik Siti.  Yang keduanya of cause nak tambah koleksi novel Cik Siti.  Namun apa yang lebih bermakna bagi tahun Cik Siti bila salah satu cerpen Cik Siti berada di pasaran melalui penerbitan Penulisan2U.  Terharu yang amat sangat walau pun masih belum memiliki antologi ini.

Okey, apa lagi, jom serbu di PBAKL


Misi Menyelamatkan Anak Kucing

Teratak pena | Saturday, April 23, 2016 | Be the first to comment!
Selamat bersiaran kembali....

Inilah ibu kucing tu.  Ke hulu ke hilir dia tunggu kita orang selamatkan anak dia


Apa khabar semua?  harap2 sihat semuanya.

Okeylah nak cerita apa yang terjadi hari ni kat opis.  Hari ni beberapa rakan Cik Siti terlibat dalam misi menyelamatkan anak kucing.  Itu pun gara-gara Cik Siti terdengarkan suara halus dari sebalik dinding tempat duduk Cik Siti.

Pagi tu memang ada orang datang servis aircond.  Bila dia orang dah siap, Cik Siti kuncilah suttle dan pintu bilik belakang.  Ingatkan tak ada apa-apa sehinggalah waktu petang tu, Tengah baru nak mulakan tugas (baru selesai seisi Audio Conference) Cik Siti dengar ada bunyi anak kucing.  Tanya juga member kalau-kalau dia ada dengar.

Bila hati dah tak sedap, Cik Siti bukalah pintu.  Menjerit member Cik Siti dengan Cik Siti sendiri terkejut.

"Kak Shim!  ada ada anak kucing dua ekoq" dengan loghat pekat pinangnya.  Cik Siti pun jengah.  tak nampak.  Mungkin dia dah pergi jauh sebab member Cik Siti menjerit tadi.  Antara pintu dengan suttle adalah lebih kurang satu kaki.  Eh.... tak puas hati lagi.  Cik Siti panggil staff lelaki pulak nak minta pindahkan barang yang terselit kat celah-celah tu.

Hai. puas jugalah kita orang pujuk anak kucing tu keluar.  Yang ibunya Cik Siti dah macam tak tentu arah.  Yelah.... anak kot.  Kita pun sayangkan anak.  Binatang pun sayangkan anak.  Dekat setengah jam juga kita keluarkan anak-anak kucing tu.  Yang sekor tu garang ya amat.  Ligat semacam.  Namun Cik Siti menghela nafas lega sebab kedua-dua tu selamat.  Sebab Cik Siti yang kunci pintu tu.  kalaulah dia tak mengiau dan Cik Siti tak terdengar, hai tak tahulah.  Apa pun bersyukur sangat dia selamat.  Yang jadi persoalannya..... Siapakah yang buang kucing kat belakang opis Cik Siti.  Cantik pulak warna bulu kucing tu.

Tengoklah reaksi ibu kucing bila berjumpa dengan anaknya.  

MELODI CINTA Edisi 3: Cerpen Kuih Koci Pulut Hitam

Teratak pena | Sunday, April 17, 2016 | | 2 Comments so far
Kembali lagi Cik Siti di teratak....



Alhamdulillah....

Inilah perkataan yang terbit dari bibir Cik Siti bila mendapat email dari pihak Karya Seni bulan Januari hari tu. Memang memang memang Cik Siti tak sangka dari beribu-ribu cerpen yang diterbitkan di dalam website Penulisan2U cerpen Cik Siti telah melepasi seisi penilaian. Bila dikatakan cerpen Cik Siti bakal diterbitkan bagaikan bulan jatu keriba.  Mungkin inilah rezeki yang telah diberikan oleh Allah.

Buku ini boleh diperolehi pada Pesta Buku Antarabangsa 2016  yang akan berlangsung selama 2 minggu bermula 29 April 2016.  Buku ini boleh dibeli dengan harga promosi RM 16.00 sebuah. Kepada yang berminat dengan antologi cerpen bolehlah dapatkan sebuah.  Hai..... tak sabarnya nak baca buku antologi ni.  Okey, jom layan sedikit coretan dari cerpen KUIH KOCI PULUT HITAM hasil tulis Cik Siti.

            “Saya ni hantu kuih koci.  Tambah lagi kuih koci pulut ni.  Yang lain tak berapa sangat.  Tapi…. Tak apalah.  Bungkuskan saya talam berlauk tu seringgit.  Tak pernah pula saya makan kuih ni.”  Riang sahaja Ihsan menyambutnya.            “Eh, kau ingat makan kuih koci macam makan nasi ke Ihsan.  Banyak sangat ni. Aku tahulah kau suka dengan kuih ni tapi takkan banyak macam ni.” Tegur Rahim.            “Jangan risaulah.  Aku boleh habiskan. Betul tak Kasih?”  Kasih tersentak.  Wajah Kasih berubah.  Pertanyaan Ihsan tidak dijawab.            “Kasih?” Kasih tersentak.
            Ihsan memandang kepada Kasih.  Perubahan wajah Kasih itu benar-benar memberikan tanda tanya buat dirinya.  Tiba-tiba dia bertanya kepada dirinya sendiri.  Ah, adakah tersalah cakap atau kurang ajar perilakunya sehingga menyebabkan Kasih yang rasa gelisah?  


Cik Siti amat berterima kasih kepada pihak Penulisan2U dan Karya Seni kerana sudi memberi peluang kepada Cik Siti menjadikan salah seorang penulis di dalam Antologi Cepern MELODI CINTA edisi 3.  Diharap ianya menjadi pemangkin kepada Cik Siti untuk terus berkarya.  Dan tak lupa juga kepada bonda Cik Siti Puan Hasinah Hamzah, Cik Abang Mohd Aris Nasir, adinda-adinda Cik Siti Nahdatul Izah dan Nurul Shidah serta putera dan puteri Cik Siti yang begitu memahami Cik Siti.

Reach Out TMpoint Selangor

Teratak pena | Wednesday, April 13, 2016 | 1 Comments
Kembali Bersiaran....

Harap semua sihat-sihat belaka walau pun cuaca yang tidak begitu mengizinkan.  Banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar.

Bercerita tentang aktiviti luar, Cik Siti nak le cerita tentang Reach Out TMpoint Selangor pada 27 Mac 2016 (Masih hot lagi cerita ni) yang diadakan di Kalumpang Resort And Training Centre Hulu Selangor (yang mula-mula Cik Siti ingat kat Hulu Langat).  Hai... nampak sangatkan yang Cik Siti ni buta Geografi.  Tak boleh salahkan Cik Siti, sebab Cik Siti memang tak minat dengan subjek ni.

Okey, sebanyak 11 TMpoint yang menghadirkan diri boleh dianggarkan 200 orang termasuk family dan ada juga yang tidak boleh hadirkan diri gara-gara tarikh bertukar last minit.  Ikutkan perancangan 26 mac.  Oleh sebab-sebab teknikal, maka ditunda ke 27 Mac.  Walau macam mana pun Cik Siti still join sebab tak ada program lain dan ke sana bukannya jauh sangat pun.  Lebih kurang satu jam je.

Wajah anak-anak Cik Siti yang teruja bila sampai kat sini


Cik Siti bertolak dari rumah lebih kurang tujuh dan sampai pukul 8 pagi.  Selepas daftar tu, kita orang diberikan sarapan Nasi Lemak, kuih dan Teh Panas.  Marbeles kau.  Tapi yang sebenarnya hati ni berdebar le juga sebab ada game.  Pulak tu Cik Siti group 2 dan seperti entri yang dulu-dulu tu Cik Siti ni memang tak ada 'seni' dalam game ke benda ni.

Bila dah siap makan dan ucapan, kanak-kanak ada juga gamenya dan dibuat di dalam dewan sahaja.  So.... yang kita orang ni mak dan ayah kena berkumpul untuk permainan luar.  Ada sepuuh kumpulan dan di beri dua group untuk permainan air dan darat.  Nasib baik yang kumpulan 1-5 permainan dart dulu.  Kalau tidak, memang tak selesalah lepas permainan air terus nak permainan darat.

Permainan darat ada 3 game.  Pertama Boling Kelapa, kedua Lari kepit bola (yang membuatkan keayuan Cik Siti jatuh 100%) dan yang last sekali mumia.

Inilah hasil kerja berpasukan.  Kita Orang namakan mumia tukang kebun. 
Bila dah selesai permainan darat, so kita orang beralih ke permainan air.  Yang ini Cik Siti mengelat sikit.  Yang sebenarnya malas nak masuk air.  Itu motif dia.  Cik Siti ambik tag no terus lekat kat t-shirt Cik Abang.  "Abang, Take over.  Nak tengok anak." Nampak tak alasan tu.  Macamlah anak Cik Siti ni baru setahun jagung.  Lagi pun ramai kot yang jaga bebudak ni.  Cik Abangpun dengan rela hati dan muka ada senyum terus je join.  Ha...ha...ha....  seronok tul tengok dia orang berkubang dalam air.


Nampak tak?  muka ada senyum. Seronok dia dalam air walau pun mula-mula segan nak join sebab tak kenal.  



Okeylah,  bila dah habis game semua tu, acara lucky draw dan penyampaian hadiah pula diadakan.  Sebelum tu, kita orang melantak makan tengah hari.  Memang best makan tengah hari tu.  Gulai nenas, ayam berempah dan ulam.

Yang bestnya hari tu. rasaya mungkin rezeki dari Allah, anak Cik Siti dapat hadiah bagi pertandingan mewarna dengan tiup belon.  Lucky draw pun Cik Siti dapat.  Dan yang last sekali memang tak sangka yang group kita orang dapat No 3. Okeylah tu kan dari 10 kumpulan.

Bila dah habis semua.... apa lagi.... mandi time....

Kesimpulan..... walau pun sekejap tetap best!

Hidup Segan Mati Tak Mahu

Teratak pena | Tuesday, April 12, 2016 | Be the first to comment!
Kembali bersiaran...




Apa yang boleh Cik Siti katakan?  Tenggelam celup tenggelam celup je.  Walau pun banyak yang nak diceritakan entah kenapa macam malas je na menaip.  Hai, kalaulah lappy ni boleh taip sendiri memang Cik Siti nak cari satu.

Kalau ikutkan dari awal tahun banyak juga aktiviti Cik Siti.  Itulah, tak sempat nak post kat blog mewah ni.  Mewah sangatlah Cik Siti.  Syok sendiri adalah.

Kena jugalah gambar yang Cik Siti post.  Hidup Segan Mati Tak Mahu.

Tapi.... memang sayang sangat nak tinggal dunia blog ni.  Sebab Cik Siti suka menulis.  Apa pun bak kata orang tu ikut mood?  sekarang ni mood rajin memang tak ada dalam hati lagi.

Okeylah, saja nak coret yang mengarut.

Sampai berjumpa lagi.  Nanti Cik Siti updatedlah apa aktiviti yang Cik Siti dah jalankan.

Salam Jumaat Semua....

Teratak pena | Friday, March 25, 2016 | Be the first to comment!
Salam bersiaran kembali...

Dulu ingatkan tak masa Cik Siti ceritakan tentang yang Cik Siti serati seisi Teh Tarik dengan management Cik Siti.  Mas tu Cik Siti propose yang kita orang nak pakai baju biasa semasa hari sabtu sebab hari sabtu adalah bukan kerja biasa sebaliknya kerja overtime.  tak semua TMpoint yang buka.  Dan TMpoint Cik Siti salah satu yang buka.

Berbalik pada cerita....

Akhirnya terlaksana juga apa yang dimpikan, cuma hari je yang bertukar.  Management mengarahkan pakai baju kebangsaan pada hari juamaat.  Senang nak pergi sembahyang jumaat.  Lagi pun bagus juga.  Isnin hingga khamis pakai baju uniform dan jumaat pakai baju kurung/ melayu.  Tak adalah baju tu terperuk je dalam almari.

Motif nak cerita.

Saja terkenangkan masa dulu.... ahaks... berangan tahap gabanlah Cik Siti oiiiii!!!

Kemana arah blog Bayu Kenangan

Teratak pena | Thursday, March 24, 2016 | Be the first to comment!
Salam Semua,



Bersiaran setelah lama menyepi.  Alasan?  sibuk?  mungkin ya.  Hilang minat? mungkin ya.  Tak ada mood?  Mungkin ya.  Tak nak salah kan orang lain, Cik Siti salahkan diri sendiri.  Setiap apa yang berlaku kepada kita adalah dari dalam diri kita sendiri.  Baik buruk semuanya adalah kita.  Ceewahhh... cakap mengalahkan tokoh.  Dahlah, jangan nak layan Cik Siti kau ni sangat.  Nanti senyum sendiri je.  Betul ke tidak budak ni.

Yang sebenar-benarnya Cik Siti sayangkan blog Cik Siti.  Dah banyak kot Cik Siti kongsikan dalam blog ni.  Yang manis, yang sedih, yang suam-suam kuku semuanya ada.  Dah macam carca marbah dah blog ni.

Namun apa yang tersemat jauh di sudut hati Cik Siti, kalau boleh pertahankan Cik Siti akan pertahankan untuk tidak menutup blog ni.  Walau pun sekarang ni orang lebih suka dengan Facebook/wassup/twitter/instagram namun mungkin ia tidak akan patahkan semangat untuk Cik Siti terus menaip di dalam blog ini.

Dipohon beringin siburung kenari,Ingin terbang bersayap tidak,Kemana ingin ku bawa diri,Adakah orang sudi atau pun tidak

p/s:  ada sesiapa yang bagi kata-kata semangat pada Cik Siti tak?

2015 Yang Begitu Sibuk...

Teratak pena | Friday, January 01, 2016 | Be the first to comment!
Kembali Bersiaran Semua....

Tahun 2015 telah pun melabuhkan tirainya.  Tahun 2015 tak banyak yang di ceritakan sebab tak ada yang menarik.  Sebab itu blog Cik Siti senyap jer.  Tak tahu nak cerita apa.  Okeylah, bagi tahun baru dan hari yang pertama, Cik Siti nak buat pengakuan.  Jangan marah dan gelak ye.  Kalau nak gelak pun tak apa, sebab Cik Siti tak nampak.  hehehe....



Okeylah, semoga di tahun baru ni, tak boleh nak janji apa-apa.  Takut tak boleh tunaikan.  selagi ada nyawa blog ni adalah Cik Siti coretkan.  Jumpa lagi semua....

Kena Cium - Grup Buku Karangkraf

Teratak pena | Sunday, July 05, 2015 | 3 Comments so far
Kena Cium - Grup Buku Karangkraf

Jom baca cerita saya disini....


Salam Ramadhan

Teratak pena | Thursday, June 18, 2015 | 2 Comments so far
Hari pertama berpuasa...

Dengan tulus ikhlas dari Cik Siti...


Menyambut raya riang dan ria,Sambil merenung indahnya bulan,Bulan Ramadhan bulan mulia,Tingkatkan Iman penuhkan amalan.

Assalamualaikum.... Jumaat Penghulu Segala Hari

Teratak pena | Friday, June 05, 2015 | 1 Comments

Sayu hati tiada terkata,Bawakanlah hati hingga selatan,Andai dilirik hati bagai dikata,Tabahkan ia kumpulkan kekuatan

Template Baru dari adik Najiah

Teratak pena | Tuesday, June 02, 2015 | 2 Comments so far
Assalamualaikum....

Lama sudah tak bersiaran dalam teratak ni.  kesibukan mula terjah Cik Siti.  Entah kenapa mood nak updated teratak ni macam hilang semangat je.  Tapi hari ni nak juga conteng dalam teratak usang ni.  Macam mana?  Cantik tak teratak Cik Siti?  Ini semua hasil adik Najiah yang sudi edit blog Cik Siti suram muram ni.  Hasil adik Najiah memang cantik.  Murah pulak tu.  Yang sebenarnya ini kali kedua Cik Siti menggunakan khidmat adik Najiah.  Blog teratak pena pun dia yang editkan.

Okey.  seiapa yang nak dapatkan perkhidmatan edit blog dari adik Najiah boleh terjah kat blog dia.  kat sana boleh tengok portfolio dia dengan blog-blog yang pernah dia edit.

Terima Kasih banyak-banyak buat adik Najiah yang sudi edit blog Cik Siti yang tak seberapa ni.  Nanti ada rezeki akak guna khidmat adik ye.

TERBANG SEKAWAN BURUNG KEDIDI.
TERBANG RENDANG TEPI PERGI,
TERIMA KASIH DAUN KELADI,
ADA REZEKI AKAN DITEMPAH LAGI.

Kelayakan VS Pengalaman

Teratak pena | Sunday, January 18, 2015 | 5 Comments so far

Selamat Bersiaran Kembali....

Tajuk kat atas mungkin agak keras rasanya.  Sebab sedar diri ni dah tua sebenarnya.  Kelayakan adalah panduan di dalam meletakkan garis panduan dan batasan dalam setiap jawatan serta kuasa.  Itu pendapat Cik Siti.  Pengalaman adalah kemahiran seseorang di dalam sesuatu bidang dan tertakluk kepada betapa lama ianya berkecimpung.

Mungkin kelayakan adalah satu kelebihan, namun percaya atau tidak pengalaman itu satu nilai yang sukar untuk dicari.  Dan pengalaman sebenarnya memberikan kita lebih kelayakan sebenarnya.  Dan pengalaman itulah ada masa akan mengajar seseorang yang punya kelayakan jauh lebih tinggi.  Namun ada masa pengalaman kita diperkotak katikkan angkara kelayakan yang menjadi taruhan.

Cik Siti yakin akan pengalam inilah yang akan menjadi satu landasan untuk berjaya tidak tertakluk kepada kelayakan semata-mata.  Mungkin kelayakan kita tidak seperti yang diharapkan.  Namun percayalah ada masa kita akan mengatasi kelayakan dengan pengalaman yang berharga.

Kerana apa?  kalau kita pergi ke temuduga, atau pun menghadiri kursus sudah tentu mereka akan bertanyakan pengalaman.  Namun adakah pengalaman bekerja yang banyak menunjukkan yang kita ini bagus?  Ya, mungkin dari multi skill.  Tetapi dari sudut pandangan lain kita sebenarnya kurang pengalaman kerana tenpoh yang singkat hanya kecil pengalaman yang kita timba.

Rezeki itu ada di mana-mana.  Cik Siti percaya, mungkin kelayakan akan meletakan kita kepada kelas tertinggi namun pengalaman yang diterima hanya kecil berbanding dengan kelayakan yang rendah tetapi punya pengalaman yang tinggi.

Ini hanya pendapat Cik Siti.  Erm.... Jiwa kosong tang ni... (Hish!  tak ada kena mengena langsung)

Indah sungguh sinar mentari,
Dibalik awan kering cuaca,
Kalau saya sang tikus menari,
Dihadapan gajah ku menari chacha.


 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page