untuk post kali ini, hati aku terdetik untuk bercerita tentang pengorbanan seorang ibu. aku merupakan anak sulung di dalam keluarga yang mana telah kehilangan seorang ayah pada 5 febuari 1994. mase tu aku dalam tingkatan 5. tahun SPM. adik aku kedua(Nahdatul Izah) mae tu tingkatan satu dan satu sekolah dengan aku. manakala yang bongsu(nurulshidah) dalam darjah 4.
selepas keputusan SPM yang tidak memberangsangkan aku mula fikir untuk bekerja. naka tolong mak. tapi aku ditentang keras. dia paksa aku belajar lagi. aku fikir, dengan gaji yang tidak sampai 1000.00 macam mana dia nak tampung aku belajar. sekolah swasta pulak tu. aku akur bila dia suruh aku ambil STPM. dua tahun aku berhempas pulas. beg sekolah aku tak pernah bertukar. apa lagi kasut sekolah. aku bernasib baik bersekolah swasta yang mana pemakaian kasut tidaklah ketat sangat. akhirnya, aku jumpa dengan kasut 'kungfu' arwah ayah aku. semakai(bahasa melayu kebetulan) muat dengan kaki aku. aku pakai bila satu-satunya kasut sekolah aku koyak. nak minta dengan mak aku. tak sampai hati.
pernah sekali aku bersama keluarga makan nasi putih dengan bawang besar. nak sedap, goreng dia ala-ala lembap. manis rasanya. tapi aku masa tu nak menitik air mata. selepas dua tahun dalam tingakatan 6 aku memperolehi 3p 2r. mak suruh aku sambung belajar. tak pun ambil maktab. dia kata keputusan aku bukannya teruk sangat. yang paling aku terkejut subjek sejarah yang masa tingkatan 5 aku dapat cangkul bila STPM aku score A dalam sejarah 2 dan 6. pelik.....
bila adik aku nombor dua berjaya ke matrikulasi, aku berfikir semula. aku tekad tak nak sekolah lagi. biarlah adik-adik yang berjaya. apa yang ada sekarang aku sudah cukup syukur. akhirnya pada tahun 2000 aku dapat kerja dengan Telekom. dalam masa yang sama aku dapatpanggilan maktab dalam ujian bertulis. mak kata pergilah cuba maktab. tapi mase tu aku dah tekad aku takkan berpaling lagi dan akhirnya aku memilih kerjaya. kini sudah 9 tahun aku bersama-sama dengan TM. aku tekad nak tolong mak aku. adik-adik aku lebih memerlukananya. dan kini mereka semua sudah berjaya. ijazah yang telah mereka terima membuatkan aku bangga walau pun aku hanya cukup dengan sijil STPM aku.
sering kali aku mengingatkan mereka dan rakan sekerja yang muda yang sudah kuanggap macam adik supaya taatlah dengan ayah, dengarlah kata ibu. insyaallah hidup kita diberkati. walau pun kita 'sesak' macam mana pun kalau ingat dengan ibu dan balas jasanya, doa ibu seiring dengan kita. dan rezeki kita tidak pernah putus.
isk.....isk...... sedih lak. aku bukan apa, aku tulis ni pun sebab bulan julai ni adalah hari jadi dia yang ke 51. jangan jeles mak aku dah ada 3 cucu tau! 23 julai adalah hari jadinya..... love you always........ day and day forever
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Erm...sedih la plak bace post ko ni...
ReplyDeleteApe-ape hal pon, aku pun bangga dpt kakak cam ko. Kite adik bradik je la yang tau betapa susahnya mak nak bela kite. Orang luar nampak kite macam senang, tak penah nak tanye kabar ape lagi nak hulur duit time tu...
Mak sanggup sengkang mata cari duit and Alhamdulillah sume anaknya berjaya.
Pada mereka yg aku panggil bapak sedara dan merangkap wali aku, "TERIMA KASIH" sebab tak penah anggap kite ni darah daging dieorang and aku pon da tak heran. Ade or xde same je kot...