Lebaran 2009 acara kemuncak

Teratak pena | Monday, September 21, 2009 |
kuih bangkit penuh bersira,
dililit mari bunga kesuma,
Aidilfitri masa bergembira,
Kenangan manis disimpan bersama

Okeylah, arie dah masuk 2 syawal dan aku gembira bila bersama-sama keluarga dan sanak-saudara. Bila dah reramai ni maka sebelum kembali ke kota malam pada 2 syawal tu, seisi salasilah Haji Hamzah Bin Awit pun melaksanakan acara kemuncak iaitu 'Malam Bersama Ikan Bakar Penuh Hikmah' Makkkk e.... panjangnya tajuk. apa-apa pun jom layan apa yang berlaku masa malam tu.....



Inilah muka wanted yang masih inginlepaskan diri disaat memerlukan ehsan simpati dari yang berkenaan. kita lihat mengapa ada segelintir sanggup memenjarakan sehingga ia sanggup memanti di tingkap harapan....
Adakah kerana anak gadis yang sedang menantikan peminangan atau?????


Kanak-kanak yang tidak menghiraukannye? apa yang telah cik Siti siasat rupa-rupanya...



Itulah buah hati pengarang jantung yang mana muka-muka wanted di atas tu sanggup untuk melakukan apa saja asal dapat keluar.... kita lihat wajah-wajah krew yang teribat di dalam acara ini pulak ye.....
krew utama yang perasan rajin... En Mohd Fadil a.k.a Pak Dih memerangkap pelakon utama pada malam itu..... sedang membakar 'Ikan Kerapu Bakar Merapu' (Ciptaan sendiri dengan resepi hanya ikan dan garam je....)




Pak Ndak dan Pak Dih memastikan ikan dan sosej dibakar dengan secukup rase....

Lihatlah wajah gembira Mak sedare cik Siti ni.... al-maklumlah tahun lepas beraya dihospital. tahun ni nak balas dendam ye.... apa pun jangan lupa orang yang sedang sengsara. tingkap harapan masih belum dapat dibolos.... nampaknya mereka sedang bersedih (lihat gambar di atas)


Inilah dia hidangan yang menjadi rebutan malam tu.... Ketam Bersusun Tiga Generasi isinya yang manis membuatkan hidangan yang paling hangat dan sensasi


Ini pulak hidangan yang menjadi rebutan kanak-kanak pada malam Itu.... Sosej Bakar Nak Tak Nak, Sotong Bakar Lemah Lesu dan Ayam Bakar Upin Dan Ipin.

Inilah dia side dishes malam tu Nasi Lemak Mak Mertua Lalu Tak Nampak. Cik Siti malam tu rembat 2 bungkus walau pun perut tengah tak sedap..... isk...isk....


Inilah hasil daripada air tangan Pak Dih aku dan beberapa krew yang bertungkus-lumus termasuklah my hubby...Ikan Kerapu Bakar Merapu yang membuatkan muka-muka wanted tu cuma dapat kulit dan tulang......lapar



Inilah masa bersama untuk menikmati hidangan hasil penat lelah sejak petang...... bersama anak menantu, cucu cicit En Haji Hamzah bin Awit semuanya duduk berkumpul bersama..... cuma yang tak ada ari tu Pak Man cik Siti yang masih lagi beraya di rumah mertua.

Seperti tahun-tahun lepas, inilah projek yang mesti diadakan setiap tahun. Insyaallah tahun depan kita projek ini tetap akan diteruskan. Amin....

wah! dah panjang lebar cik Siti ni membebel. nanti jemu pulak. okeylah jumpa lagi dilain post. ape-ape pun cik Siti nak ucapkan :


SELAMAT HARI RAYA.......

1 comment:

  1. Uh..tahniah kerana berjaya mengupdate lebih cepat dari aku...oleh sebab aku ni malas nk update cite yg same, ape kate aku curik cite ko ni...aci tak?huhuhu...

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page