SeLaMat MeNemPuH AlaM Baru

Teratak pena | Tuesday, January 05, 2010 |



Dalam diam, sudah 6 tahun anak bujang cik Siti si Firdaus ni. dah masuk sekolah tadika dah.... tapi apa boleh buat baru masuk sekolah satu hari dia dah demam. demam terkejut agaknya. Hari pertama sekolah rasa terkilan juga sebab tak dapat nak hantar dia. sebabnya cuti sekarang ni kena beku. hu...hu...hu... tak pe, nanti kalau ada rezeki Cik Siti nak cuti lama kalau dah release nanti.... (nak balas dendam)...
hari pertama sekolah, dia dihantar oleh my hubby. my hubby terpaksa ambil cuti sebab cik Siti kempunan tak dapat cuti. Mungkin sebab di alam baru, my hubby bagu tahu yang dia masih lagi terpingga-pingga dalam kelas. mungkin dia belum nak sesuaikan lagi.
yang bestnya, cikgu suruh balik dia masih lagi tunggu dalam kelas. bila dia tengok kelibat ayahnya, barulah dia bangun. balik keje cik Siti ada bertanya macam mana dengan hari pertama dia menjejaki ke sekolah. dia kata seronok. dapat ramai kawan dan cikgu pun baik. Cik Siti legalah sikit. ye la.... mana tahu dia takut nak ke sekolah.. apa pun cik Siti akan terus berdoa agar dia cepat sembuh dan dapat belajar ABC....


3 comments:

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page