Kenangan Bersama dengan Tersayang

Teratak pena | Wednesday, January 26, 2011 |
Memang benar kata orang, bila seseorang yang kita sayang memang kita ingat denganya apalagi dengan kenangan saat bersama. orang yang maksudkan oleh Cik Siti adalah ayah Cik Siti. dalam diam dah 17 tahun ayah Cik Siti pergi menghadap illahi...

banyak kenangan dengan arwah ayah terutama sekali semasa Cik Siti kecil. masa kecik dulu Cik Siti tinggal dengan nenek. selalu kalau cuti sekolah yang paling seronok. yelah....dapat balik segamat. dapat tengok bonda adik dan bakal adik(mase tu adik Cik Siti baru nak dilahirkan)..tahun 1984 Cik Siti darjah satu dan selalu sahaja menghitung bila cuti sekolah. kalau cuti sabtu ahad dia balik mesti belanja Cik Siti jamu ABC kat kedai pak kadir... Cik Siti selalu nak yang ABC gunung. lagi tinggi lagi Cik Siti suka.

Yang paling best sekali kalau nak balik segamat. Cik Siti selalunya balik dengannya naik motor. dari melaka ke segamat mengambil masa 2 jam dan selalunya dia akan berborak sepanjang perjalanan supaya Cik Siti tak tertidur. yelah budak darjah satu mana nak duduk satu tempat. naik motor memang sakit pinggang. apa yang tak tahan kalau lalu depan kawasan batu 6 di segamat yang memang orang kata 'keras'. dia bukak cite hantu lagi le Cik Siti tak boleh nak lelap atas motor tu...

memang tak boleh ingat sampai bila-bila....

NOte: ada seorang pelanggan regular Cik Siti yang seriras dengannya... dan Cik Siti pernah beritahu dengan dia yang wajahnya seiras dengan arwah ayah Cik Siti. dan bila dia datang dia mesti tanya.... "Macam mana hari ni? sihat?"

2 comments:

  1. kenangan yang akan kita simpan sampai kita pula kembali menemuiNYA

    nak tanya gak ni
    macam mana cik siti hari ni? sihat?
    hehe

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page