macam mana aku boleh sangkut belajar kat sana? selepas aku SPM, tunggu panggilan tingkatan 6 pun tak dapat jadi mak aku pun suruh aku sambung belajar. Masa pendaftaran aku berjumpa dengan cikgu Zainab. Cikgu yang mengajar aku sejarah 6. Mula aku nak return tingkatan 5, tapi dia kata "buat apa nak patah balik? ambil STPM. Cuba. Mungkin SPM tidak seindah rupa mana tahu STPM boleh score?" Okeylah... aku pun sahut cabaran tu dan ambil STPM.
Masa aku lower six tak adalah yang menarik sangat, sebab ramai satu kelas. aku pun masa ni dok diam je. aku masih ingat cikgu-cikgu yang mengajara aku:
Cikgu Zakaria(pengetua) : Sejarah 2. dia ni kedekut markah tul. aku tak kisah. sebab masa result aku tak sangka aku boleh dapat A2 dalam sejarah walhal aku kondem dalam SPM.
Cikgu Zainab: dia ajar sejarah 6. aku sebenonya pelik, sebab masa STP aku kaw-kaw rembat markah sejarah. al-hamdullilah...
Cikgu Maimunah: Dia ni cikgu Pengajian Am. kalau sesiapa yang tak siap keje sekolah siaplah dengan cubitan yang memang perit. mulalah membebel. kelesa....(malaslah tu) Tapi cikgu ni comellah.
Cikgu Othman: dia ajar ekonomi. yang menarik tentang cikgu ni orangnya kecik tapi suara mak oi! sampai simpang jalan masuk sekolah boleh dengar suara dia. satu lagi, dia ni boleh menulis tangan kiri dan kanan. cantik pulak tu tulisan dia.
Cikgu Hassan: dia ajar aku Geo masa lower six sebab aku reject subject tu upper six.
Arwah Cikgu Haznah: dia ajar aku sastera. apa yang aku dengar dia meninggal sebab breast cancer.
okeylah, bila dah lama kat MAM ni rasa macam seronok plak. masuk 6 atas bebudak kelas aku kalau tak caya budak lelaki cuma ada 5 orang, Zizie, nasir, Senin, Suhaimi dengan Nazli. tapi 5 orang macam 50 orang kalau si senin dengan Nasir ada dalam kelas kecoh kelas dibuatnya. pengalaman yang tak boleh dilupakan masa senin bawa masuk basikal Asiah dalam kelas. menjerit cikgu maimunah. itu pun gara-gara Senin nampak basikal Asiah basah kena hujan,
6 Atas juga banyak aktiviti yang aku sertai. Kem motivasi terutamanya. bersama-sama dengan bebudak 6 rendah. Group aku Zizie, emma, Ani, Jun, Mona, Ila(6 Rendah) dan ajak (6 rendah) banyak menyimpan kenangan. insyaallah nanti aku akan buatkan cerita dan muatkan di dalam blog Teratak Pena aku. kelakar dan tidak boleh dilupakan.
satu lagi aktiviti adalah Hari Adabi yang mana setiap kelas dikehendaki menjual barang/makanan. itu pun ada pengalaman yang tersendiri, yang paling aku tak lupa masa pertandingan sajak aku boleh lupa tengah jalan. itu pun gara-gara aku dok ingatkan pertandingan berbalas pantun. he...he...he..
Okeylah, satu lagi yang istimewanya sekolah ni pantang kalau cikgu ada mesyuarat. Pengetua dok ketuk pintu dan jerit Ujian Tergempar!!!!!! ceh! tak pe, kite tiruuuuu....
Bila hujan, aku paling takut. aku pergi sekolah bukannya dekat, dari melaka (Merlimau je). kalau hujan aku berat kaki nak ke sekolah. sampai sana aku tengok alamak!!!!!! sekolah kita sudah naik air be..... pernah sekali dalam kelas waktu ekonomi, luar dah banjir tapi terperangkap dalam kelas. apa lagi, panjat kerusi susun sampai keluar. pengalaman yang mencabar!
walau apa pun rupa sekolah tu, aku bangga belajar di sana. Cikgu di sana baik-baik dan aku dah lama tak jejakkan kaki kat sana. walau apa pun kenangan tetap terpahat.
6 Atas2: Zizie, nasir, senin, suhaimi, nazli, nuri, adiek, yati, aina, ani, emma, asiah, niza, aisyah, efa, Mona, Jun, ....dan...dan...(ada yang aku kurang ingat akan namanya) kalau ada jodoh aku berharap dapat berjumpa dengan korang semua....
