Majlis Perkahwinan di Melaka

Teratak pena | Wednesday, October 14, 2009 |
La ni aku tak tahu nak updated apa. pasal keje, ari memang tengah tesion. semua pelanggan ari ni blurrrr semacam. lain di tanya, lain di jawab. bila belek laptop ternampak folder mak sedara kawin dulu. Bila tengok nak pulak buat pasal majlis kawen kat kampung aku.

Okeylah, kalau nak ikut dulu-dulu tu memang susah nak jumpe. tapi walau bagai manapun banyak yang masih lagi dipertahankan. macam hantaran. 'ibu' dia sireh junjung. kalau tak ada ni bukan kawen namanya. lagi pun kalau nak bertantang, sireh junjung yang jalan dulu. yang pasti ada petua pulak bagi sireh pada anak dara supaya dapat jodoh. Ye ke? aku pun tak tahu sebab jodoh tu terletak di tangan tuhan.
dah adat orang kampung semua kenduri-kendara mesti bergotong-royong. Tak payah nak pakai katering. bila jemput memang sah diaorang datang sebab kebanyakkan mereka ni suri rumah. Yang pasti bila kerja mereka selesai tuan rumah tidak akan lupa dengan berkat yang diberikan kepada mereka.

Yang tua kita hormati yang muda jangan main mata. Kat Melaka bila pengantin datang tuan rumah akan sambut dengan beras kunyit. masa itulah tudung penuh dengan beras kunyit. tanda kedatangan pengantin dan rombongannya dialu-alukan.


Ini pulak acara sampingan. kalau nak. yang pasti bukan sahaja bebudak yang nak rebut gula-gula. tapi mak-mak budak dan bapak-bapak budak pun ada.



Ini Lauk-pauk yang mesti ada. ikan tak ada yang kecik. Tak mainlah sadin, kembung. calang-calang ikan siakap. semuanya buat sweet sour




Ini yang tidak boleh tinggal. udang panjat. nak tahu mana letak udang ni, jenguklah depan pengantin. mesti ada. Ini sudah menu wajib


Bila dah datang, semua tetamu dilayan istimewa. siapa yang datang dengan pengantin tidak akan berada di dalam balai lain selain balai pengantin. apa yang pengantin makan, segala rombongan akan dapat menu yang serupa. kecuali udang panjat tadi itu le....

Okeylah.... nak tunjukkan gamba kawen kita nak kena scan satu-satu. nanti kalau ghajin kita tunjukkan. sebab aku dapat merasa pakai sanggul lintang. satu-satunya pakaian warisan melaka.....









1 comment:

  1. oh... along pakai mak La nye picture ya. Ni kena minta royalti ni... anyway time kasih la ya bab promote akak nya wedding. so tak ya la akak tunjuk gamabr kat kawan mak la.

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page