"Ala tunang je. dia memang sah-sah tunang. yang awak tu... pergi jelah... alhamdulliah dapat temuduga. bukan senang. itu dah kira nak melangkah kepada kenaikan tu. pergi jangan tak pergi. Mak pun seronok dengarnya. nanti panda-pandai mak cakap dengan Uda." Thank Mak!
jadi... dalam surat dikehendaki datang pada pukul 8.30. jadi Cik Siti terpaksa menumpang rakan yang sama-sama temuduga untuk ke Shah Alam. sebab temuduga tu dibuat sana. sampai sana ramai juga yang dah sampai. mereka mengadakan temuduga untuk dua kenaikkan sekali. Cik Siti minta satu paku je... yang dua paku tu nanti ada pulak kata Cik Siti lawan tokeh lak.
Memang Cik Siti bukan le lucky person. nama cik Siti yang 3 terkahir. Tapi Cik Siti mampu hela nafas lega sebab dia orang habiskan seisi untuk yang satu paku dulu. kalau tidak sampai ke malam pun belum tentu habis.
Pagi tu Cik Siti makan roti canai je... itu pun Cik Siti beli sebelum tunggu member. punyalah payah nak cari makan kat sana. cafe dia orang pulak tutup. jam dah menunjukkan tengahari.... nama Cik Siti jauh lagi. ingat nak juga pergi makan tengahari tapi dilarang sebab mungkin panel akan habiskan dulu untuk stage Cik Siti. Okeylah mengalah. duduk dan terus menanti.
Tetiba je.... aduh! panel tu makan le pulak.... perut Cik Siti dah berbunyi disco ni... kalau dia orang dah makan gerenti dia orang dah ada tenaga dan dah tentu dia orang akan tanya dengan agresifnya. Kita ni yang kebulur dah tentu metabolisme jatuh merundum! Huhuhuhu cabarannya...
Nak tahu nama Cik Siti dipanggil masa bila? pukul 4. kepala lutut Cik Siti dah menggigil kelaparan. dia orang dah kekenyangan memang le ambil kesempatan. Bila nama dipanggil lagi kenccang le kepala lutut ni menari. mahu tidak.... dicampur dengan perasaan takut dan gemuruh.
ada 3 panel juri. 2 dari HQ dan seroang lagi SBM (State Business Manager) Cik Siti yang memang Cik Siti kenal. Dia pun dah sah-sah kenal kita. dan tak boleh nak kelentong dia. SBM Cik Siti ni Psiko orangnya... dia akan tanya banyak kali.."Betul?" "comfimke???" "bukan bla..bla...bla..?" Cik Siti dok jawab ye Encik! Ye Encik! betul salah hantam sajalah labu... dan pertanyaan dia lari dari bidang skop kerja Cik Siti sekarang ni. dia tanya produk terbaru! Nak kelentong tak leh sebab SBM ada... dia tu semua sistem pun tahu!
bila Cik Siti tak dapat jawab satu lagi produk terbaru walhal memang Cik Siti baca, SBM Cik Siti bagi hint dan nak tahu apa Cik Siti jawab?
"O... yang itu.... Maaf Encik... saya ni gabra sikit. lupa pulak!" Ha....ha.... ha.... bila kenang kelakar le pulak. boleh bagi jawapan macam tu? tapi Cik siti tahu apa yang dia nak Cik Siti pun cerita siap dengan kod hasil dia sekali! aduh! ntah macam mana boleh bagi tau gabra... sudahnya Cik Siti kena soal bertalu-talu!!!!
dan SBM Cik Siti dok angguk dan senyum.
Balik tu Cik Siti terus ke rumah Pak sedare dan ucapkan tahniah pada sepupu Cik Abang. dan lapar punya pasal Cik Siti tak tunggu lama dua pinggan mee hoon Cik Siti bedal... bukan je lapar.... tapi teringat akan pasal temuduga tu...
ada pun kalau ada rezeki adalah... kalau tidak pun Cik Siti akan teruskan khidmat Cik Siti selagi syarikat nakkan Cik Siti ni.....
Note: pecah lubang yang dia orang tahu Cik Siti pencipta Ikrar bila mereka tanya tentang pencapaian yang telah awak berikan kepada Syarikat... dan SBM dok kata "O.... awak rupanya ye..." Oh! no!
mesti rasa legakan???kros masih dok menghafal lagik ni...dah tua-tua ni susah betul nak lekat dlm otak ni...hish..tension betul la...
ReplyDeleteInsyaAllah ada rezeki tu, macam lepas je tu.. apa-apa pun tahniah sebab akak dapat tempuh temu duga tu..
ReplyDeleteeh akak pencipta ikrar?
ikrar apa eh kak? :)
k.ros: boleh punye... ingat produk terbaru dengan KPI
ReplyDeleteCik Anita: ikrar utk syarikat..
jom terjah: http://bayuk3nangan.blogspot.com/2010/12/hati-berbunga-riang.html
saya dapat istilah baru hari ni
ReplyDelete'kepala lutut menari'
hehe
moga2 dapat tu, cik siti
dah jupa terus stop menari
ReplyDelete