tengahari tadi Cik Siti terima kunjungan pelanggan OKU (buta matanya) sambil dipimpin oleh seorang kanak-kanak perempuan. jadi Cik Siti ambil sahaja pelanggan tanpa mengenakan syarat(no giliranlah. lepas pelanggan perempuan itu duduk dan meminta menyemak akaun tanpa belengah Cik Siti pun akur. namun kanak-kanak perempuan itu hilang tiba-tiba. La... mana dia pergi? tak pelah... kalau urusan pelanggan ni dah selesai Cik Siti sendiri yang akan hantar makcik tu ke pintu.
namun tak lama kemudian kanak-kanak perempuan itu memimpin seorang lelaki yang juga buta datang ketempat Cik Siti. Cik Siti senyum dengan kanak-kanak perempuan tu. tanya makcik tu memang ternyata sangkaan Cik Siti kanak-kanak itu anak kepada pasangan buta itu. lihat dari raut wajah kanak-kanak itu cantik dan bijak.
sesungguhnya Allah itu Maha Adil. dia menjadikan setiap insan ada kelemahan dan kelebihan. dan serta-merta ingatan Cik Siti terlayar dengan kisah Arwah ayah Cik Siti.
Kisah Arwah Cik Siti lak pasangan buta dan bisu. Ayah Cik Siti pebantu perubatan di Ladang Voules Estet. dan setiap pekerja yang sakit dan perlukan perubatan arwah ayah Cik Siti yang incharge. Biasanya kalau pergi sekolah Cik Siti akan tunggu arwah ayah habiskan pesakit sebelum hantar Cik Siti. Ada sepasang suami isteri yang bisu dan pekak datang ke klinik ayah Cik Siti bersama-sama dengan anaknya yang berusia dalam lingkungan 6/7 tahun. dia pimpin ayah dan ibunya masuk ke dalam klinik dan berjumpa dengan ayah Cik Siti sambil pasangan itu menceritakan kepada anaknya.
Mungkin naluri seorang anak, dia terangkan sakit ibu dan ayahnya.
"Mak dengan ayah demam."
"Ayah muntah-muntah."
ayah Cik Siti pandang je kanak-kanak lelaki itu. setiap apa yang ayah Cik Siti terangkan si anak itu jadi tukang translatekan... setiap ubat yang diberikan diterangkan juga... si anak menunjukkan jari 2 menandakan perlu makan 2 biji dan si ibu dan ayah meraba dan kemudiannya mengangguk tanda faham...
oh! betapa kerdilnya Cik Siti rasakan. betapa berat masalah kita masih ada mereka yang lebih besar permasalahannya. betapa kita merasakan yang kita merana masih ada yang hidupnya lebih terseksa. kita bertuah memiliki mata untuk melihat telinga untuk mendengar dan mulut untuk berbicara namun belum tentu kita mendapat tempat disisi Allah... yang nyata mereka yang mempunyai kekurangannya lebih mulia di sisi Allah....
hurm.
ReplyDeletebenar-benar rasa terkesan baca cerita akak ni
cedok ayat Kak Siti ni...
" betapa berat masalah kita masih ada mereka yang lebih besar permasalahannya. betapa kita merasakan yang kita merana masih ada yang hidupnya lebih terseksa. kita bertuah memiliki mata untuk melihat telinga untuk mendengar dan mulut untuk berbicara namun belum tentu kita mendapat tempat disisi Allah... yang nyata mereka yang mempunyai kekurangannya lebih mulia di sisi Allah...."
kadang-kadang kita yang cukup sifat dan sempurna ni jarang untuk mengucapkan syukur dan lupa akan kesenangan yang kita peroleh.
ya la, cik siti
ReplyDeletesekali kita jatuh, rupanya insan lain telah jatuh berkali kali
syukur juga penawar kepada segala kedukaan selamanya
terharu membaca kisah cik siti ni..sesungguhnya cik siti seorang anak yang sungguh baik, sejuk perut mak cik siti.
ReplyDeletesayunya kish ini mmbuatkan hati turut sedih mmbacanya
ReplyDeletehai cik ct bz ker? diam jer ni huu ke cik ct demam huuuu..
ReplyDeleteteman tgu entri ni tak der pula huu...
hrp cik ct baik2 aja .Amin ;)