Patutlah Berat Hati...

Teratak pena | Sunday, May 01, 2011 |
Cuti hujung minggu tidak seperti orang lain yang gembira balik kampung tetapi Cik Siti tersadai di hutan batu yang saban hati Cik Siti dok tengok. erm.... nak pergi Dinner TSSSB ada plan nak ke Sungkai Hot Spring. Nak balik kampung bonda Cik Siti lak pergi Kelantan. nak ke rumah bonda mertua dia lak pergi Penang. berjalan sungguh mereka ni. yelah masa anak kecik susah nak berjalan. Jadi.... hajat hati nak ke Sungkai 1/5/2011 tetapi hujan tak berhenti sehingga pagi buat Cik Siti tanya dengan Cik Abang.

Akhirnya Cik Siti batalkan nak ke Sungkai. dok rumah jelah... lagi pun dinda Cik Siti dari Ipoh ada bertandang. katanya Bonda tak de... so boring kat rumah.

Tiba-tiba jam 12 tengahari telefon rumah Cik Siti berbunyi. Oh, orang jauh rupanya.... ibu saudara Cik Siti dari JB cuba tanya khabar. namun rupanya dia sekarang berada di KL rumah anak bujangnya. Apa lagi... terus Cik Siti ajak ibu saudara Cik Siti bertandang ke rumah.

Macam biasa bila dah tengahari tu Cik Siti masaklah lebih sikit. sambal udang, sup ayam, telur masak kicap goreng ayam sikit dan Cik Siti jamu selera untuk mereka. memang seronok bila memasak untuk tetamu.

Berborak punyalah seronok. yelah... lama tak berjumpa. bukan selalu bertemu. sepupu-sepupu Cik Siti pun lebih kurang sebaya itu yang seronok berbual... Erm.... patutlah Cik Siti berat je nak ke Sungkai.... tak pelah anak-anak... kalau ada rezeki takkan ke mana...

3 comments:

  1. salam.

    Eh kak Siti tukar layout eh?? cantik~ sejuk mata memandang.

    owh. Ingtkan tak sedap ati apa tadi.hehe. Dah lama tak pergi sungkai tu, best jugak berendam air panas. budak-budak pergi kat kolam air sejuk sotong yang dah tak ada sotong tu...

    ReplyDelete
  2. saya juga tak ke mana2 pun cuti hari pekerja ni
    dok rumah layan mata je
    hehe

    ReplyDelete
  3. hmmm setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page