Kecilnya Dunia Ni....

Teratak pena | Thursday, May 05, 2011 |
Salam blogger semua... dah 2 hari tak updated teratak Cik Siti ni. ada yang rindu eh.... so sorry sebab Cik Siti BZ sikit. tambahan pulak anak Cik siti nak periksa minggu depan. itu yang dok ralit ajar dia. Nak jadi cikgu tak lepas ajar anak jelah..

awal minggu hari tu, tempat kerja Cik Siti terima seorang ahli keluarga baru. yelah... mula-mula tu segan nak tegur + memang tak sempat sebab ramai sangat pelanggan. cuma tegur kalau berselisih je.

Nak jadikan cerita tengahari Cik Siti rehat makanlah ikan bakar + air asam+ ulam+sambal belacan= makan memang tak ingat dunia. lepas makan cik Siti basuh tangan tapi bau sambal belacan tu memang marbeles... Cik Siti capai lotion dan sapu kat tangan sambil mulut ni membebel.

lepas tu dia masuk dan bertanya di mana Cik Siti beli... so dah bagi tau tu Cik Siti tambah kalau nak budu pun ada juga. dia geleng tak makan katanya. kalau tak nak cencaluk pun ada. "Hah, itu saya makan. dah lama tak makan."
Cik Siti ni offerlah kalau balik kampung nanti kalau nak boleh kirim... dan bermulalah perbualan...

"akak orang Melaka ke?"
"ye... kenapa?" sebab masa kenalkan diri dia kata orang Gombak.
"Melaka kat mana kak?"
"Kat Merlimau. kau tahu tak kat mana tu?"
"Merlimau kat mana?" No.... Cik Siti tanya dia balik.
"Kenapa?"
"Family saya asal orang sana. orang Merlimau."
"Merlimau mana?"
"Kampung Sempang." dush! weiiii.... kampung Cik Siti tu...

Mak ai.... keciknya dunia ni.... silap hari bulan entah-entah ada kena mengena atau ada bau-bau bachang.... nampaknya kena tanya dengan bonda atau bonda mertua kalau-kalau kenal.

Hish! hish! hish! kecilnya dunia ni...

Note: kelakar pun ada

3 comments:

  1. eh i dulu duk merlimau 3 tahun..jeng2...kecik nye donia..hehe

    ReplyDelete
  2. sungguh tak di sangka
    juga dari kebun nangka
    hehe

    rasanya memang ada bau2 tempoyak tu, cik siti

    ReplyDelete
  3. sy gak org melakau haaa.. jahanya kataku huu...

    simpang mana tu hee...

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page