Mood Tertekan

Teratak pena | Thursday, May 12, 2011 |

salam blogger semua....

rasa macam dah lama tak coretkan dalam blog kiut Cik Siti ni. So sorry sebab dalam seminggu ni memang Cik Siti agak tertekan sikit. Huhuhu....

risau dengan peperiksaan anak, kesibukan mula melanda Cik Siti. ditempat kerja tengah sibuk dengan updated filing untuk audit yang dijangka pada 12-17 mei ini. hari ni je Cik Siti sampai rumah hampir 10 malam. tak sempat nak bermanja dengan anak, dia dah minta susu. akhirnya dia tidur sebelum sempat dihabiskan susu. Biasalah kalau audit ni memang debarannya memang susah nak ceritakan. Sebab itu sambil mengupdated file Cik Siti dok buka lagu hilangkan debaran tu. walau bagaimana sempurnanya flow kerja atau filing mesti mereka ada cari juga walau satu minor. biasalah... kalau perfect sangat pun tak boleh juga kan?

dah lah satu hal dengan audit, kemudian short list untuk interview kenaikan dah pun keluar. 18 calon terpilih dari negeri selangor dan salah seorangnya adalah Cik Siti. aduh! dah lama betul Cik Siti tak mengadap interview ni. dah 11 tahun! sejak semalam Cik Siti tak dapat tidur lena. mahu tidak, dok ingat apa yang ditanya dalam temuduga tu. bayangkan tak sampai seminggu nak ingat produk dan sistem. debaran kian kencang kerana hanya tinggal satu hari lagi untuk temuduga. 14 mei bertempat di Shah Alam akan menentukan nasib Cik Siti. walau pun tak berapa mengharapkan namun debaran tu kian memuncak.


Masa nilah dok intai tips-tips temuduga. tapi apa yang penting dia orang tanya Cik Siti jawab. kalau tak dapat Cik Siti berdondang sayanglah depan dia orang... tak pun Cik Siti main jual beli pantun. walau pun kenal akan panel tu bukannya platform untuk berjaya kerana mereka tahu apa kelemahan kita! wa..... nampak gayanya kena bukak buku tebal le jawabnya....

Okeylah.... kepada rakan-rakan Cik Siti yang bersama-sama menghadiri temuduga minggu ni nak ucapkan semoga berjaya.... Good luck 4 u all...

Note: rasa-rasanya lepas temuduga baru boleh nyenyak tidur tak?

4 comments:

  1. salam...
    semoga Allah permudahkan
    urusan anda Cik Siti..

    ReplyDelete
  2. salam...

    hari sabtu ada interview?? finance kena hari jumaat 20hb...anyway , good luck!!!

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah kak Siti boleh punya..
    Anita akan turut mendoakan :)

    ReplyDelete
  4. jadi bagaimana, cik siti
    dapat jawab tak?

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page