Personaliti Yang Pernah Bertandang...

Teratak pena | Friday, May 27, 2011 |
Salam semua... berjumpa lagi... kepada sesiapa yang rindu dengan Cik Siti minta maaf banyak kalau rumah ni dah bersawang sikit. bukan sikit... banyak tu... sibuk sikit. bukan apa. la ni semua dah selesai... anak pun dah habis periksa... markah dah dapat cuma subjek teras kena banyakkan lagi latihan.

Okey... nak cerita sikit pengalaman Cik Siti sebagai wakil khidmat pelanggan. dah nama wakil khidmat pelanggan semua lapisan manusia yang Cik Siti berjumpa, termasuklah artis.... jom layan gambar yang Cik Siti cilok dari google...


Ini dia siapa yang tak kenal dengan Jamal Jamaluddin... DJ Sinar FM. dia ni memang yang paling kerap berkunjung. boleh dikatakan sebulan sekali. Biasanya kalau bayar tu kena tang idung Cik Siti. macam mana dia dalam radio macam tu juga dia kat luar. berceloteh je... siap gossip lagi. gossip apa? Rahsia... ye abang Jamal. sampaikan staff yang ada kat opis Cik Siti pun dia dah kenal. dia biasanya datang petang dan suka dengan T-shirt MU hitam dia tu... he...he...


Selain itu juga ada beberapa ahli kumpulan Rabbani ada bertandang di pejabat Cik Siti. cuma sekarang ni agak kurang sebab pejabat mereka sudah pun berpindah. kalau dulu memang tiap 2 minggu sekali dia akan datang untuk drop cek pembayaran bil mereka. cuma ada ahli yang tinggal berdekatan dengan opis Cik Siti singgah dengan urusan mereka yang tersendiri.


Krisya... penyanyi remaja tahun 90 an ni selalu juga datang dengan perempuannya anaknya yang comel. dia macam tu juga dan masih lagi cantik macam dulu. dia ni datang pun tak banyak sangat tanya dan lebih suka tersenyum. dari mata Cik Siti dia ni memang lemah lembut orangnya.



oh, Azizah Mahzan... memang meletup. tabik Spring kat dia sebab memang dia ni vouge. Cik Siti tak pernah berborak dengan dia cuma melihat dari jauh bila dia duduk di kaunter member Cik Siti...



Jacklyn Victor ni kecik je orangnya... Masa dia baru nak menginjak ke dunia glamor Cik Siti pernah juga berborak dengan dia dan wish congrate dengan dia bila lagu GEMILANG dengan WAJAH dapat masuk akhir muzik-muzik...



Dia ni pun kadang-kala bertandang juga di opis Cik Siti. dia ni jarang datang kalau tak ada urusan. by the way dia ni memang sweet...


Dr H. M Tuah... Cik Siti berjumpa dengan dia agak lama dulu. dia ni nampak cam serius je... walau bagaimana pun dia ni kecik ke orangnya.....


Ziela Jalil Cik Siti jumpa dia di Opis lama Cik Siti di Telekom Muzium. masa tu dia bawa anak lelaki dia yang sekarang ni dah jadi orang bujang. dia ni memang cantik dan Cik Siti jumpa dengan dia dok pandang dagunya yang runcing tu... hish! tak senonoh betul.



Walau bagaimanapun ada ramai lagi yang pernah Cik Siti jumpa. Macam Alex Yong dan Wan Alias (Penerbit Jejak Rasul). walau bagaimana pun bila berjumpa dengan mereka ni Cik Siti wat macam biasa... profesional le konon... tapi dalam hati kembang kempis... bertuahnya....

1 comment:

  1. wah bestnya dpt jumpa dgn mrka2 dah mtk t tantangan ke blum cik ct heee

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page