Berakit-rakit ke hulu....

Teratak pena | Thursday, May 19, 2011 |
Yuhu.... any body there? Hi!hi! (ni nada ceria atau nada tengah pening lalat?) yang sebenarnya masih ada lagi side effect dengan tujahan soalan yang membuatkan Cik Siti sampai la ni dok teringat dan terbayang.


Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian
Bersakit-sakit dahulu dan bersenang-senang kemudian....

okeylah... nak ceritakan pengalaman Cik Siti ye... kalau nak baca sudi-sudikan...
ini pengalaman Cik Siti masa kecik-kecik dulu... yang mana sampai la ni masih ingat lagi...


Masa kecik cik Siti tinggal dengan nenek di kampung... memang masa tu kemudahan
tidaklah sehebat sekarang ni. waktu siang dihiasi dengan bermain teng-teng atau
sorok-sorok. lepas buat kerja sekolah mandi dan malam tak banyak aktiviti nak
buat. elektrik tak ada dan hanya dengan cahaya pelita masing-masing cuma dapat
bermain enjit-enjit semut... (ala macam ce cita Hantu Kak Limah tu) kalau tidak
pun main o...som!

Pagi... nak ke sekolah... pukul 6.00 dah kena jerit dengan nenek. dengan berbekalkan andang kelapa berduyun-duyun ke perigi nak mandi pagi. yang paling kecik masa tu Cik Siti le... sambil tengok pak dare kena simbah dengan air perigi Cik Siti gelak bila tengok dia orang menggigil kesejukkan... padan muka! Tapi... Cik Siti yang dok perdu pokok menggeleng bila nama kena jerit. bila dah kena paksa dengan pak dare barulah terhegeh-hegeh nak pergi mandi.


kalau hujan...ini yang buat paling seronok sangat. bukan sebab main hujan ye...
ini sebab Cik Siti dapat payung free. sorang demi sorang nenek Cik Siti akan
panggil. Jom ke belakang rumah. sambil bawa pisau sebilah dia kebelakang sambil
menutur daun pisang.
"Nah!ambik sorang satu.jangan nak gaduh-gaduh. banyak
ni. kalau tak cukup satu ambik lagi." apa yang bestnya sambil tu main laga daun
pisang... ha...ha...ha... kanak-kanak rebina yang nakal.

bila meningkat remaja lak selepas pemergian arwah ayah dan permintaan dari bonda Cik Siti menyambung pelajaran di Maktab Adabi Maharani dalam tingkatan 6. SPM Cik Siti pun nyaris-nyaris tergelincir ke pangkat 3. Masa tingkatan 6 ni memang hidup Cik siti sekeluarga memang agak perit. Arwah ayah baru meninggal, dan bonda pun baru kerja Cik Siti selalu bawa duit ngam-ngam 2.00 untuk tambang bas. Melaka Muar bukannya dekat. tambang biasa 1.60 (tahun 1997) dan baju sekolah dapat separuh harga. dan Tak dapat bayangkan bagaimana muka konduktor bas tu bila Cik Siti beri dia 80 sen dengan duit syiling 5 sen! lepas bagi duit tu Cik Siti dah tak toleh kat dia lagi. takut kena marah beb!


dalam masa ni juga kasut sekolah yang Cik Siti pakai pun bukan macam pelajar
lain. kasut hitam yang bertali tapi sebaliknya kasut kungfu arwah ayah yang
berwarna biru. sampai lusuh Cik Siti pakai selama 2 tahun saban hari. ala...
bukan kasut yang nak ke sekolah. yang penting niat kita. kalau kasut beribu pun
kalau niat nak ke sekolah terpesong jauh pun tak boleh juga. walau bagaimana pun
Cik Siti mengurut nafas lega bila Cikgu tak kisah semua tu(Maklumlah sekolah
private)

dulu...memang Cik Siti rasa susah. tapi... rasa macam happy je. mungkin kita bersekolah dan tidak memikir apa namun serba kekurangan tu tidak memberi impak untuk Cik Siti teruskan hidup. apa yang Cik Siti yakin adalah setiap insan di dunia ini punyai rezekinya masing-masing dan kalau Tuah ayam nampaknya di kaki tuah manusia siapa yang tahu, bukan? tapi Cik Siti tekankan kepada diri dan anak bahawa pendidikan adalah segalanya.... tidak kira ilmu duniawi atau akhirat.

amboi!amboi!amboi!amboi! kering idea tapi panjang berjela Cik Siti membebel ye. okeylah nak chow dulu... kalau ada rezeki kita jumpa lagi....

Note: ntah kemana agaknya kasut kungfu arwah ayah tu...

6 comments:

  1. mesti seronok ke sekolah naik bas
    saya, selamanya kayuh basikal hadiah dari ayah

    ReplyDelete
  2. tehr: kalau saya naik basikal alamatnya pasgi esok baru saya sampai... hehehe..

    ReplyDelete
  3. ada basikal jer cik ct lain tak der..ada skli dua naik bas tu ayah nak bg suri merasa heeee..

    kenangan yg manis ,mana blh lupa kan cik ct heeee

    ReplyDelete
  4. kenangan lama ttp subur d hati dari umh kayuh basikal ke sek 6.30pr huu..mmg sejuk gila waktu tuh..

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Kali pertama ke sini. Emosi betul menulis entri. Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  6. salam
    hai cik ct apa khbar dia jer huu..mesti sibuk nihhh ker tak siaht huuu...

    org kayuh basikal dah sampi sekolah cik ct dah smpi ke belum huu ..

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page