Jangan Jual Mahal Dik...

Teratak pena | Wednesday, May 11, 2011 |
Bila sewaktu-waktu Cik Siti mula teringat betapa seronoknya bila di bangku sekolah. bersama-sama rakan mengharungi seisi persekolahan memang tidak boleh dilupakan. jom dengar cerita Cik Siti masa Cik Siti berada di tingkatan 6 masa Cik Siti bersekolah di Maktab Adabi Maharani.

Cerita bermula selepas aktiviti berkayak di sungai Muar senja kian merangkak memaksa Cik Siti bermalam di rumah sewa rakan. mahu tidak, bas nak ke Melaka pun dah tak de. jadi terpaksalah tidur kat rumah kawan. bangun pagi badan dah tak larat. penatnya bukan kepalang. yelah... masa kayak tak ingat dunia. Cik Siti yang berpasangan dengan Nasir memang tidak kering gusi dengan dia. mana tidak? dia kata kayak yang Cik Siti naik tu bocor. sebab tu Cik Siti juara(Juara yang paling last sekali). oleh sebab itulah Cik Siti kerah tenaga nak berlumba dengan rakan-rakan lain tapi hasilnya hampa sekali dan akhirnya Cik Siti diusik oleh anak-anak muda di tebing sungai.... katanya bawak awek siar-siar.... wa....wa... bukan macam tulah... kayak Cik Siti memang berat sangat.

bila badan dah sakit maka hati tak ada nak ingat lain. nak balik rumah jelah. walau bagaimana pun Cik Siti dan rakan Cik Siti yang juga satu hala ke Melaka turut menumpang di rumah sewa tu... maka mengurut dada Cik Siti sebab Cik Siti ada kawan nak balik. bak kata orang langit tak selalu cerah. member ajak Cik Siti dan kawan ke stadium untuk perlawan bola sepak antara kelas. Nak gi juga ke? tak nak hampakan rakan Cik Siti pergi juga. Cik Siti usya rakan Cik Siti. kita gi jap jelah. saja tunjuk muka. Cik Siti sampai kat stadium tengok rakan kelas Cik Siti yang 5 orang tu dok panaskan badan. diaorang ni tengah panaskan badan. budak-budak ni tak penat ke? semalam kayak. pagi ni lak nak main bola. kalau Cik Siti dah pancit!

lebih kurang pukul 9 tu Cik Siti dengan rakan pun minta diri. bantal kat rumah tu dok memanggil je.... gerenti sampai rumah memang Cik Siti membuta. Maka jalanlah Cik Siti dengan rakan dengan lemah longlai. campur penat ntah berapa kali kita orang berhenti. akhirnya Cik Siti pun dengan megah beri cadangan... "Nanti sampai Wetex Parade kita beli air nak?" memang tekak Cik Siti kering bebeno. Jalan punya jalan maka sampailah di Wetex Parade. memang adat kalau ke sana kami memang suka ikut jalan pintu belakang. dan setahu sekali nak jejak pintu depan memang payah.


Maka... waktu pagi memangle sibuk orang nak turun naik barang.
kedengaranlah suara-suara asing yang dok memanggil kita orang.
"Dik! o dik!!!" Kita orang buat tak tahu + control ayu + jual mahal.
"Dik! o Dik!" kami buat tak tahu dan terus memegang tombol nak buka pintu.
masuk-masuk je kat dalam tu... mak ai! tak bukak lagi ke? gelap je. dengan muka
yang ibarat rusa masuk kampung lantas kami ditegur.


"Adik pekerja baru kat sini ke?" Kita orang terpinga lagi...
"Tak... kita orang nak beli air."
"Dik... shopping bukak pukul 10.00 ada lagi 20 minit nak buka."
"terima kasih, ye kak..." dengan perasaan malu yang menebal Cik Siti dan
rakan keluar tanpa berpaling kiri dan kanan. tiada lagi kedengaran suara-suara
asing. mesti dia orang bantai gelak sakan. huhuhu malu punya hal sampai rumah
baru dok teguk air.

so moralnya jangan jual mahal sangat. nanti siapa yang susah? kita juga.... kalau ada orang meminang tu jangan demand sangat... nanti tak laku... (Hish! apa kena mengena lak dengan cerita ni?)

Note: ha...ha... kelakar juga bila kenang..

3 comments:

  1. hikhikhik....jual mahal tap ikena pandai min tarik tali

    ReplyDelete
  2. semua ada kena mengena
    jangan jual mahal

    gula dah naik harga semalam
    hehe

    ReplyDelete
  3. klu mahal orgnya baik org beli gula jer bro tehr hee... guna dan manfaat byk gak heeee

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page