Persediaan awal adalah penting?

Teratak pena | Saturday, May 07, 2011 |
Salam hujung minggu semua.... masuk hari ni dah tiga minggu berturut-turut Cik siti kena kerja hari sabtu. badan pun dah macam letih lesu + dengan pelanggan memang ramai bebenau minggu ni. okeylah malas nak membebel panjang nak le tanya sikit.... Apakah penting persediaan awal??? Pentingkan? memang penting. teramatlah penting.

Ni.... nak kata Cik Siti apa pun Cik Siti tak kisah. Cik Siti nak cari baju raya anak... ada duit lebih sikit ni rancang nak beli baju sikit-sikit. nanti dah sampai nak raya baru nak beli itu yang badjet lari... sebelum duit lebih yang Cik Siti dapat lari tang lain baik beli dulu baju raya bebudak ni. sekurang-kurangnya nanti kita dah senang hati.

Lepas tu... ni... adinda Cik Siti, Cik Izah yang akan melangsungkan perkahwinan awal tahun depan pun nak buat persediaan juga. nak beli itu ini dan nak kumpul duit beri pada bonda. nak harap bonda sorang pun tak boleh. jadi selain adinda Cik Siti yang dok memborong dan menempah sakan Cik Siti pun dok kumpullah apa yang boleh.

Last dan yang paling dekat sekali.... walau pun nama Cik Siti masih belum disenarai pendekkan dalam interview kenaikan tapi bos dah bagi warning "Baca apa yang patut... promosi-promosi terbaru dan sistem-sistem terbaru..." wa.... nak kena study hard ni... nak kena bukak kitab lama dan study kod-kod dan juga promosi-promosi yang sedang berjalan... Tahu sajalah TM ni.... macam-macam promosi yang ada... UNIFIlah... Streamyxlah... Voice deallah... Voice planlah...Oh.... tu semua nak kena study.....

Note: Penting sungguh persediaan awal ni... kalau tidak mahu jatuh terduduk

3 comments:

  1. ye setuju!

    kalau tak bersedia semua benda jadi kelam kabuttt..hehe

    ReplyDelete
  2. betul3x
    mesti ada persedian awal
    kalau tidak bukan saja jatuh terduduk, cik siti
    nangis berguling2 nanti
    hehe

    ReplyDelete
  3. Nampak gaya b3njy pun kena buat persiapan awal untuk bancuh kopi .. mula2 sediakan gelas,.. lepas tu .. bla..bla..bla... hahaha b3njy gurau je jangan marah.

    wah nanpak gaya persiapan rapi yang awal ni menjamin kejayaan ni ... terutapa interview naik pangkat tu ... kalau berjaya naik pangkat jangan lupa belanja kitaorang ok ...

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page