Cabaran Blogger |Satu Hari Di Hari Raya

Teratak pena | Sunday, August 21, 2011 |
Kali ini Cik Siti teringin nak join cabaran yang diberikan oleh blogger Dulu Lain Sekarang Lain iaitu

Cabaran Blogger |Satu Hari Di Hari Raya


Bila sebut hari raya yang paling gembira adalah kanak-kanak. berbaju baru dan jalan bersama-sama sahabat dan sanak-saudara bertandang satu rumah ke rumah yang lain. Kenangan nak dikongsi adalah kenangan yang sehingga kini masih Cik Siti ingat.

Kenangan bertaut ketika Cik Siti berusia lebih kurang 9 tahun (tahun 1987). Cik Siti punya bapa saudara yang lebih kurang sebaya dengan Cik Siti. sepupu sepatat pun lebih kurang dengan kita. dan biasanya pada hari raya pertama Cik Siti akan beraya dengan ayahda dan bonda. dan raya kedua barulah tawaf satu kampung nak cari duit raya. masa tu rata-rata akan bagi duit raya 20 sen. kalau dapat 50 sen tu dah kira cukup besar.

pada mulanya Cik Siti ditegah untuk mengikut mereka. tapi hati keras. Nak juga. "Kau tu perempuan. nanti penat menyusahkan orang je."

"Tak duli. nak ikut juga."

jadi ikutlah Cik Siti pak dare Cik Siti sehingga ke kampung sebelah. seronok punya pasal Cik Siti tekedek-kedek kat belakang sambil mengira duit syiling. tersenyum lebar dan hati penuh taman....

sampai satu simpang, sedang berjalan lenggang mak limah lagak seperti model dengan mengayakan baju kurung merah yang dibuat bonda Cik Siti Cik Siti tersentak bila pak dare Cik Siti menjerit.

"Belakang tu! belakang tu!" Cik Siti paling. "MMMMMAAAAKKKKKK!!!!!!" laung Cik Siti yang berlari tak menang kaki mengukur tanah. Yang lain semua dah bertempiaran lari. dia orang bijak. diaorang masuk kat rumah orang. yang Cik Siti masih lagi dikejar dengan LEMBU!




Rasa-rasanya kalau masuk lumba lari mesti Cik Siti yang menang. tekak rasa macam nak tercabut bila dok teriak ketakutan. ini tak boleh jadi.... Cik Siti kena ambil tindakan. Akhirnya Cik Siti korbankan diri terjun dalam semak. dok diam-diam dan tengok sampai lembu tu hilang dalam kebun getah. Entah lembu mana yang terlepas hari raya ni!

Keluar sahaja dari semak leher tu dah macam zirafah panjangnya. manalah tahu lembu tu lak yang menyorok. Cik Siti tengok badan Cik Siti dah calar balar. nasib baik tak ada apa-apa. tapi yang bestnya air mata tak henti-henti jatuh. pak dare semua pujuk. dan dalam pujuk pun kena marah.


"Itulah... orang dah kata jangan ikut. degil!"

Wa.... kenangan kena kejar dengan lembu memang tak boleh lupa....


9 comments:

  1. ni kes pakai baju merah la ni ya?
    kesian2...

    ReplyDelete
  2. He he betul ker lembu tu kejar sbb baju merah? ataupun lembu jantan saja nak ngada-ngada ha ha.. :D Apa-apa pun terima kasih sebab sahut cabaran kawe. Maafah lambat check. Terlampau busy (raya dah dekat ehhhh)..

    ReplyDelete
  3. Lain kali kena pakai side mirror.. tak pun pakai topeng adapkan ke belakang haha...

    ReplyDelete
  4. Tehr:Tahu tak pe. bebudak kan suka warna terang-terang

    lain dulu lain sekarang:tak pe... saya pun rasa bertuah kerana sudi bertandang di blog saya

    abgreds: ada jual tak? boleh beli satu

    ReplyDelete
  5. wahahaha adehh kena kejar lembu plak.. belum ada pengalaman macam ni, tapi kena kejar anjing time bawak motor mmg banyak kali dh ekekee

    ReplyDelete
  6. macam-macam Kak Siti ni..hehe. lawak.

    ReplyDelete
  7. wakakaka... terbaik!

    mujur juga tak kena sondol.. kalau tak berlubang kat belakang.. hahahaha

    ReplyDelete
  8. hahaha.... terjun lalang sembunyikan diri..
    tak pasal2 calar2 badan tuh..

    adusss.... kau mengingatkan aku tentang
    kena sondol dengan kambing plak. hik3

    ReplyDelete
  9. WAKAKAKAKAKAKKA!!! lembu tu nak kena sembelih kejar2 org plak hihihi

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page