Cerita Baju Raye...

Teratak pena | Tuesday, August 09, 2011 |

Hari ni Cik Siti cuti. bernafaslah fikiran ni sikit. tapi kat rumah dok layan Abby yang nak macam-macam. Tak pe... bagi dia makan dulu pastu buat susu dan popok dia tidur... erm... entah-entah ibu dia yang terlelap dulu. Ala... biasalah tu.

Okey... la ni Cik Siti nak cerita pasal baju raye... cerita ni terjadi 2 tahun lepas. Kisah bonda Cik Siti dan bonda mertua.

Nak jadikan cerita setiap tahun bonda Cik Siti dengan bonda mertua mesti minta ukuran baju anak-anak Cik Siti. nak buat baju untuk cucu-cucunyalah katakan... seronok tengok kata mereka. comel-comel belaka baju bebudak ni. kalau nak beli yang disiapkan pun mahu besar belanja.

Al-kisahnya bonda Cik Siti tanya warna tema. jadi Cik Siti katalah warna biru. jadi Cik Siti tanya apa bonda Cik Siti warna apa yang dia beli. jadi dia kata:

"Suprise!!! mana boleh bagi tahu. yang pasti bukan warna biru." Okey... nak suprise. best juga ni.


Sehingga tibalah sehari sebelum hari raya bonda Cik Siti pun keluarkan baju raya yang dikatakan suprise tu... bila Cik Siti tengok baju raya anak-anak Cik Siti pun tersenyum simpul.

"La.... kenapa?"

"Mak dengan besan ni boleh satu kapal. Mak Cheras pun buatkan baju bebudak ni warna yang sama. Warna pink!"

"La.... pulak. macam mana boleh sama warna?"

"Itulah... mak nak suprise. orang mana tahu mak nak jahit warna pink." Nasib baik yang perempuan bunganya tak sama.... tapi kalau kata orang itu jodoh namanya.

Lepas tu tahun berikutnya dia tanya Cik Siti dulu warna apa yang bonda mertua buatkan untuk anak-anak sebab dia takut perkara yang sama terjadi seperti tahun berikutnya.

Teringat lak masa bertunang dulu.... baju raya yang Cik Siti pakai dengan Cik Abang warna yang sama hijau pucuk pisang ....wa....wa.... satu hari suntuk Cik Siti kena usik.

Note: Baju korang tahun warna apa yek?

3 comments:

  1. saya ni rasanya pakai baju tahun lepas je - putih
    hehe

    ReplyDelete
  2. tahun ni warna oren!

    tp macm tak mampu nak beli lah sebab 1st time kerja jadi kena beli sendiri. sebelum ni mak jahitkan :(

    dah kerja pun duit tak de. ishk3

    ReplyDelete
  3. tahun ni kena beli baju raya di kedai ehh.. awal2 lagi tukang jahit dah surrender. ramai yg order in advance :D

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page