Aktiviti time sekolah...

Teratak pena | Tuesday, May 29, 2012 |
Masa sekolah dulu... apakah aktiviti yang selalu korang libatkan diri?

Kalau korang minat sukan dah tentu korang libatkan aktiviti sukan macam acara balapan, bola sepak, bola tampar, hoki, tapi kalau mana yang minat dengan aktiviti sastera.... meh sini.... Cik Siti memang minat.  Kalau sukan tu alamatnya Cik Siti duduk barisan paling belakang sekali.  langsung lari bakat dalam sukan.

Cik Siti berjinak dengan aktiviti ala sastera sejak Cik Siti darjah 5 lagi.  masa tu cikgu suruh Cik Siti deklamasikan sajak.  Masa tu rasa macam tak ada keyakinan je.  yelah... Cik Siti mana pernah nak deklamasikan sajak, pas tu depan orang ramai pulak tu....

bila dah berjaya, satu kepuasan dan juga satu semangat untuk Cik Siti terus untuk menyertai pertandingan yang menjurus kepada sastera.  mula-mula deklamasikan sajak.  sebab itu 'makanan' Cik Siti.  tapi bila dah masuk ke alam sekolah menengah lebih mencabar lagi.  Cik Siti cuba yang lain.

Akhirnya Cik Siti mencuba dengan syarahan.  mula-mula tu rasa gementar sebab masa yang diberi agak lama berbanding dengan mendeklamasikan sajak.  First, tengok abang-abang dan kakak-kakak senior ni beri syarahan.  aduh!  mereka lantang bersuara.  dari situ Cik Siti belajar bagaimana nak buat syarahan.

bila dah tahu, Cik Siti cuba pulak dengan pantun.  ini yang paling Cik Siti suka dan kena dengan jiwa Cik Siti.  Maklumlah... orang Melaka kan sinonim dengan pantun.  tapi cabaran yang best bila kena menjawab pantun dalam masa 1 minit. first time tu mahu macam tak menang tangan nak menulis.  tapi bila dah 2 kali wakil sekolah keyakinan tu dah ada.

namun yang paling kelakar dan yang memang Cik Siti tak boleh lupa masa Cik Siti menerima 'tempahan' dari cikgu bila kena menyertai pertandingan bahas.  Cik Siti ni bukan le pandai sangat nak bahas ni.  apa lagi nak membangkang.  bila satu masa ketika wakil sekolah dan pihak lawan mengoyakkan kertas depan mata, Cik Siti menelan air liur.... lidah dah kelu.... huhuhu... menggigil tul.

kalau flash back balik memang best betul masa tu.  sekarang kalau nak dapat masuk pertandingan seumpama itu memang susah nak jumpa.  Nak pantun dengan customer?  ha..ha...ha... tak dapat bayangkan. yang boleh Cik Siti cungkil bakat kalau ada pertandingan yang sebati dengan Cik Siti.  Itu pun bukannya selalu....

sajak, syarahan, pantun, bahas, semuanya menjadi kenangan Cik Siti di masa akan datang.  dan kadang-kala tu teringin nak deklamasikan sajak atau berbalas pantun...

3 comments:

  1. wahhh, betul-betul jiwa sastera ye Kak Siti ni. Saya dulu dua kali jer pernah masuk pantun, masa tingkatan 2 & 3. Lepas tu saya dah malas dah, sebab tak reti nak berpantun spontan... asyik buat sekolah kalah jer, so cikgu ajak join saya tak nak dah. hihihih...then bila masuk form 6 & UPM, nak tak nak..bidang saya ialah bahasa.. tak boleh nak lari dah.. hee :D

    ReplyDelete
  2. berbalas pantun ke, cik siti?
    kalau menulis tu, boleh la
    kalau nak berbalas cara spontan, memang tak boleh
    saya memang gugup
    hahaha

    ReplyDelete
  3. Cik Anita: lagu tu le Cik Siti bawak.... pantun spontan.. menggigil kepala lutut ni
    en tehr: kalau dah pandai pantun, spontan pun mesti dia tahu juga...

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page