kenangan pahit sebagai batu landasan kepada kejayaan

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, February 18, 2011 |
amboi.... panjang bebeno tajuk en3 Cik Siti kali ni. Sudah tentu setiap manusia yang ada dimuka bumi ini punyai kenangan pahit sepanjang hidup mereka. Tidak kira kenangan pahit tentang kehilangan dan juga kenangan pahit dengan kehidupan. pernahkah kita terfikir akan kenangan pahit itu merupakan titik tolak kepada sesuatu kejayaan?

Tanggal 5 Februari 1997 adalah tarikh saat Cik Siti kehilangan ayah tersayang. saat ingin perlukan kasih sayang seorang ayah Cik Siti menjadi yatim dalam usia 17 tahun. saat perlukan perhatian untuk mendapatkan kejayaan ayahda pergi mengadap illahi. walau patah hati dan berendam air mata namun itu bukan penyelesaiannya. Cik Siti tahu setiap yang berlaku ada sebabnya. Mungkin.... ini akan menjadikan Cik Siti lebih matang selaku anak yang pertama.

kejayaan Cik Siti tidaklah dengan tinggi pendidikannya, bukan tinggi jawatannya... namun Cik Siti merasakan kejayaan Cik Siti melihat kejayaan adik-adik yang kini lebih berjaya. ini yang Cik Siti impikan selama ini... Cik Izzah jurusan kejuruteraan dan berkhidmat dalam CTRM dan Cik Nurul dalam jurusan perniagaan dan berkhidmat dalam SSM membuatkan Cik Siti tersenyum bangga. Apa yang Cik Siti harap semoga kejayaan terus bermakna....

2 comments:

  1. betul..
    kdang2 melihat kejayaan adik beradik lain buat kita tersenyum lebar je kan..
    lepas ayah dh de, TK bertanggungjawab pada mereka, mmg payah dan lelah dngn dugaan ini tp harap2 hasilnya nnti sungguh membahagiakan..

    ReplyDelete
  2. saya sangat setuju dengan cik siti dan komen TK
    kejayaan muncul dalam berbagai cara
    begitu juga kebahagiaan

    bukankah lebih seronok melihat orang yang disayangi seronok?

    takkan la kita nak seronok sorang2, kan?
    hehe

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page