Kenapa Perlu Ikut???

Teratak pena | Monday, June 13, 2011 |

Bak kata: Yang Baik Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Dijadikan Sempadan....

Erm... biasanya kita layarkan kata-kata ni bila ada hal yang buruk berlaku. Kita sering ucapkan agar kita diberi peringatan untuk tidak mengulanginya. namun pernah tak kita terfikir bahawa mengapa perlu untuk kita mengikut yang buruk tidak yang baik? mengapa senang kita berdamping dengan yang negatif dari yang positif?

Adakala Cik Siti tak faham.... mengapa yang buruk itu sering kita ikut? sedangkan impaknya adalah tidak baik... yang baik kita tak pandang apa lagi kita nak ikut. Kita selalu kata:

"Ala.... dia boleh MC kenapa tak aku?"
"Kenapa dia boleh cuti saya tak boleh?"
"Dia cuti tanpa gaji boleh je..."
"Dia selalu datang lambat tak kena marah. Saya datang lambat sikit tak boleh."


itulah ayat-ayat yang selalu dengar. Akibatnya prestasi kita pulak yang merundum. bila kita tengok orang cuti senang lenang kita pun nak ikut. tapi kita tak tahu bahawa itu semua adalah atitude kita dan wajah kita kepada syarikat amnya dan kepada Ketua kita khasnya. susah nak kita dengar:

"Kenapa dia boleh datang awal kerja tidak aku?"
"Kenapa dia tak ada MC aku tak boleh buat?"
"Kenapa dia boleh buat kerja yang tak pernah dibuat aku tak boleh?"
"AKU NAK JADI SEPERTI DIA!!!!"


Kadang-kala kita pun ada masa perlu rehat. namun kalau satu minggu 2 hari sahaja yang datang impaknya kepada semua orang. Kita yang penat dan ramai yang berbunyi. Itu mulalahnya ikut. dan motif nak balas dendam. "Kenapa dia boleh buat aku tak boleh?" hish!hish!hish! yang buruk tu juga yang dia nak ikut.

Kalau kita datang kerja dengan hati yang terbuka dan jujur... pandang kepada aura positif dan katakan aku ingin menjadi pekerja seperti dia. Rajin, smart, berdedikasi dan berdisiplin. Cubalah kita tanya kepada mana-mana ketua.... staff yang macam mana diperlukan... mempunyai aura positif atau negatif? sudah terang lagi bersuluh... mereka mahukan yang positif dan bergerak maju. Kalau kerja pun tenggelam celup memang susah kita nak berjaya.


Okeylah... yang sebenarnya entri ni pun untuk peringatan Cik Siti juga. agar Cik Siti kekalkan momentum yang ada sekarang ni.... usah pandang aura negatif sebab Cik Siti tidak mahu tenggelam dalam kegagalan....

Note: Dengar lagu motivasi syok juga ye....

Layan ye lagu ni....


Semangat Yang Hilang

Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan
Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya
Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran
Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang
Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam


4 comments:

  1. kadang-kadang manusia ini lebih suka ikut benda yang 'didengki' daripada benda yang 'dibanggakan'.

    manusia itu banyak ragam, semoga kekalkan momentum kerja anda.. :)

    ReplyDelete
  2. peringatan untuk saya juga ni, cik siti

    memang patut berlumba buat yang baik
    bukan berlumba buat yang tak baik
    kan? kan?

    ReplyDelete
  3. mawar berduri: Itulah dia kalau bukan nama manusia

    Tehr: betul betul betul sokong 110%

    ReplyDelete
  4. payah begini..klu nak kata tak paham bahasa agak mustahil hee..sb mmg kita guna bhsa malaysia hee...

    org buat tak tahu nni sbnrnya yg mcri nhas sendri..

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page