Belajau bahasa Melaka

Teratak pena | Wednesday, February 02, 2011 |
Okey le.... En3 kali ni Cik Siti nak kongsi belajau bahasa Melaka. Bahasa ni agak kasau sikit dan kebanyakkan huruf 'R' bertukau menjadi 'U'. Rasa-rasanya ramai yang biasa dengan dengan ayat ni:

ULAU BELINGKAU ATAS PAGAU


Jom kita tengok perkataan yang paling popular dalam perbualan seharian warga Melaka.

Dak- merujuk kata ganti diri. Cth: dak Imah, dak Izah. perkataan ni asal dari perkataan BUDAK

Mangkuk Tepen-Ini merujuk kepada mangkuk tingkat

NAU-ini maksud dia over limit. cth ayat dia: "Banyak NAU kau punya nasi."

Lendat-maksud dia bergesel

Sojar- Ini orang tua-tua yang selalu cakap. sojar ni maksud dia askar dalam Inggersi soldier. nak cakap orang putih ambik singkatan je.

Mutan- merujuk kepada buah Rambutan

ghediyan-Ini pulak buah durian.

deras- cepat/awal

gomen-ini merujuk kepada goverment. nak senang cakap gomen.

satu lagi yang popular perkataan LE.... contohnya mari le... jangan le... buruk le....

kalau nak listkan memang banyak. Contoh lain:

AJAR-AJAU

MUAR-MUAU

BELAJAR-BELAJAU

SABAR-SABAU

BESAR-BESAU

KELUAR-KELUAU


Okey le.... kepada blogger yang mungkin jarang dengar bahasa Melaka ni kalau kata-kata agak kasau tu mintak maaf banyak-banyak le yek....

Note: Nak Melaka esok ni... sepupu Cik Abang nak kawen. riuh rendah le...

5 comments:

  1. 5 tahun aku serumah dengan dak melaka kat hutan sarawak

    memang tak tahan dengan masakan dia
    pedas sangat2
    haha

    ReplyDelete
  2. menarik kan budaya bahasa macam2 ni..
    TK lum pnh sampai Melaka lg..

    ReplyDelete
  3. Melaka sangat dekat dgn KL. tp tak pernah sampai langsung. sedih.

    ReplyDelete
  4. toyolkiut dan anita: jom le ke melake... macam-macam ada. yang latest melaka wonderland ala-ala sunway lagoon gitu

    ReplyDelete
  5. salam sahabat

    haa..tertatik dgn entrimu mmbutakan suri kesini heeee..

    ular melingkau atas pagau

    saya orang melakau

    salam kenal dari dk melakau

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page