Hari ini dalam sejarah

Teratak pena | Thursday, March 03, 2011 |
Ha...ha...ha...Cik Siti gelak besar sikit....
hu....hu...hu... Cik Siti nangis tak berlagu sekejap

hari ini dalam sejarah setelah lama berkhidmat dalam syarikat dah lebih sepuluh musim kalah american idol kat TV tu, inilah kali pertama Cik Siti datang lewat ke pejabat. punch kad Cik Siti hari ni merah. 8.33 pagi. cuma 3 minit je... huhuhu masuk opis Cik Siti dah jadi macam supertstar... Kak Shimah lambat????? dalama sejarah....


nak tahu apa cerita hari ni? Cik Siti tunggu bas macam biasa. pukul 7.15. dah dapat bas tu dok terik nafas lega. tapi... bak kata orang panas tak selalu sampai ke petang. tak sampai suku perjalanan bas Cik Siti rosak. turun le balik menunggukan bas yang seterusnya.

bas seterusnya Cik Siti dapat pukul 7.40 pagi. bas wanita. jalan Cik Siti tengok dah jadi pesta lampu merah. tak bergerak. Cik Siti sempat beri SMS. dalam bas Cik Siti dah macam goyang gerudi inul.... tak tentu arah dibuatnya. kalau tengok jam agaknya lagi le pulak. bukan goyang gerudi, goyang gergasi jawabnya.

Abang driver pulak dah jadi macam agen traffic di Rapid. setiap 2 minit dia beri info. silap hari bulan pokok yang tepi jalan pun sempat dia kira gara-gara kereta yang tak banyak bergerak. tapi tengok abang driver tu cool je... jalan dah jem. nak buat macam mana kan? takkan nak suruh abang driver tu kuak jalan? betul tak? itu penting diri sendiri namanya.


jadi Cik Siti ikut je apa yang akan terjadi. sampai di pejabat Cik Siti tengok pelanggan dah duduk dulu sebelum Cik Siti. dah sah... Cik Siti lambat. memang betul Cik Siti puch lebih waktu yang ditetapkan. Biasanya Cik Siti1ah Orang yang pertama sampai opis....

wa...wa...wa... cukuplah sekali Cik Situ punch lambat. nanti kalau lambat lagi kena tukar kad. kalau lambat lagi kena showcause letter. tak nak....


Note: harap-harap esok Cik Siti tak lewat.

3 comments:

  1. huu..sabar jelah cik ct keje gomen ker? klo bgtu pasni kena hta hati2 ..

    cian cik ct ya..lain kli klr umh langkah kaki kanan dulu

    ReplyDelete
  2. sesekali lambat
    lagi pun bukan kerana kesilapan sendiri

    cuma... memang rasa tak seronok la kan, cik siti
    memang rasa tak puas hati je
    hehe

    ReplyDelete
  3. suri: masih ramai yang anggap kami ni kerja dengan gomen... tapi sebenarnya tidak...

    tehr: itu le.... rasa macam bersalah satu hari tu

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page