5 BLOG YANG PALING DILAWATI

Teratak pena | Sunday, April 10, 2011 |
Kali ni Cik Siti nak join projek yang telah ditag oleh Cik Suri tempoh hari. projek ni diilhamkan oleh sahabat Denai Hati. Dah ramai yang join projek ni. ianya bukan sahaja mengeratkan ukhwah malah boleh menambahkan sahabat. betul tak? betul! betul! betul! betul!

Jom terjah 5 Blog yang paling Cik Siti intai-intai:

1) TEH RAMUAN

Yang ini memang dah jadi tempat Cik Siti lepak selalu dan mesti Cik Siti kunjungi. Setiap en3 En TEHR ni semuanya dilahirkan melalui pantun. pelbagai isu dikupas dan saban minggu 2 segmen yang mesti ada dalam blog ni. iaitu Cuba Teka dan Pantun. Salah satu yang Cik Siti suka berkunjung blog En TEHR ni sebab Cik Siti memang suka berpantun. Dan Cik Siti juga nak ucapkan terima kasih sebab En TEHR pun selalu singgah blog Cik Siti yang tidak seberapa ni...

2) CIK SURI
Cik Suri ni rakan baru blogger Cik Siti Cik Siti kenal pun dari blog En TEHR. banyak isu semasa dan juga Tips yang boleh kita pelajari dalam blog ni. segala petua dan informasi telah dikongsi bersama. Cik Siti selalu singgah di blog Cik Suri intai segala tips dan petua yang diberi.... tak rugi kalau kita singgah di blog Cik Suri ni.... Apa pun Cik Siti suka kalau Cik Suri ni sudi singgah di blog Cik Siti... terima kasih tau!

3) CIK NAHDATUL IZZAH
Blog ni blog adinda Cik Siti yang kedua. Dia ni selalu Cik Siti lawat sebab dia rajin updated blog. sesiapa yang suka kucing tu boleh jengah blog ni sebab dia suka dengan kucing. macam-macam ragam kucing boleh tengok dalam blog ni. selain itu ada juga informasi dan juga cerita-cerita sanatai yang selalu dikongsi bersama.


4) CIK NURUL SHIEMAH
Blog ni kepunyaan sepupu Cik Siti. rajin updated blog dan sering bercerita tentang kehidupan kampusnya dan juga tentang keluarganya yang tercinta. malahan juga cik Nurul ni juga rajin memberi imformasi dan tips untuk renungan.

5) BANGKU KOSONG
Blog kepunyaan Hasrul Hasan ni penuh dengan informasi dan segmen. Ada sahaja segmen yang diilhamkan di dalam blog ni. turut memberi peluang kepada blogger lain mempromosikan blog di dalam entrinya. Cik Siti ada juga sertai segmen yang di blog En Hasrul antaranya adalah en3 yang terbaik. seorang blogger tegar dan sekali lagi memang tak rugi kalau singgah diblog En Hasrul ni...


Yang sebenarnya ada beberapa lagi rakan blog yang Cik Siti selalu singgah. apa sama-sama terjah blog mereka...

1) TK (Toyol Kiut)

2) Cik Anita

3) Cik Rosnita

4) NovelGurl

Okeylah.... Cik Siti nak ucapkan kepada Cik Suri yang sudi tag dan Denai Hati yang telah pun memberi ilham kepada projek ni...semoga kita dapat mengeratkan hubungan di dalam menjalinkan persahabatan....

Note: Jom kita main terjah-terjah....

6 comments:

  1. kak siti!
    terima kasih la bebanyak ye atas penghargaan tuuu..
    rasa terharu sangat nih! :)

    TERIMA KASIH sekali lagi :D

    P.S akak, buat la pop out utk ruang komen.Lagi mudah tau. hihi. Sibuk je kan Anita nih. :P

    ReplyDelete
  2. Yey! aku masuk dalam list..mucho gracias sis...hehehe..keep blogging..aku akan ber update jugak nanti..hehehe

    ReplyDelete
  3. terima kasih,cik siti
    sila le berkunjung sentiasa
    tapi hanya ada teh je
    hehe

    ReplyDelete
  4. klu sana en teh sediakan teh,,suri pula sedkan bakul cinta jer heee...

    terma ksh ats kesudian shbt sb ke blog suri yg tak seberapa :)

    terjaru bangat sih! @_@

    ReplyDelete
  5. saling berkinjung menambh kenalan best juga :)

    bacaan d blog ini santai best juga..

    theam mmg bt suri suka..kelip2 cam bunga api heee

    ReplyDelete
  6. siti...

    thank ye...rasa terharu pulak sbb termasuk dlm list...hehehhee

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page