Cita-Cita semasa kecil

Teratak pena | Wednesday, April 20, 2011 |
Salam berjumpa lagi....

Sewaktu-waktu blog Cik Siti ni diwarkahkan niat Cik Siti nak mengimbau kenangan lalu sewaktu kecil dan juga kenangan-kenangan lalu yang mana tidak pernah dilupakan.

masa kecik-kecik dulu masa Cikgu bertanya kepada Cik Siti berikan 3 cita-cita kamu bila besar nanti. masa itulah dah macam lipas kudung dok fikir apa nak bila besar nanti. mulalah bermacam-macam cita-cita yang timbul. Nak jadi doktorlah, nak jadi polislah, nak jadi tenteralah.... sampai masa bila Cikgu tanya lain pulak yang keluar.

okey, masa kecik-kecik dulu cita-cita pertama yang Cik Siti beri adalah nak jadi wartawan. ha...ha...ha... bila ingat balik gelak besar. yang kedua Cik Siti nak jadi Cikgu. Sebenarnya memang kalau ada rezeki pun Cik Siti memang nak jadi Cikgu. melihat cikgu-cikgu yang mengajar anak murid satu tugas mulia. dengan Cikgu lahirlah dotor, peguam, ahli sains, ahli perniagaan, semuanya tanpa guru memang hidup ni pasti tak bererti. tapi apakan daya Cik Siti menduduki ujian UKELP 3 kali tanpa ruang untuk menjadi Cikgu. Bila dah kerja dengan TM dapat ujian lagi sekali Cik Siti dah tak boleh nak berpaling lagi. Adik-adik Cik Siti lebih memerlukan khidmat Cik Siti.

Walau bagaimana pun cita-cita ketiga Cik Siti ada jugalah kena tempias dengan kerja sekarang ni. Nak jadi kerani. tak challenging langsung kan cita-cita Cik Siti ni... walau bagaimana pun cita-cita Cik Siti tidaklah melanggar udang-undang atau pun nak jadi yang bukan-bukan. yang penting bila ada cita-cita kita akan tanamkan untuk mendapatkan walau pun perih.

Cita-cita tidak semestinya dengan kerja, malah dalam hidup pun kena ada cita-cita. nak anak sedozen ke, nak bahagia dalam hidup ke, semuanya melibatkan cita-cita. tetapi kalau hanya cita-cita tanpa usaha pun tak boleh juga kan?

walau bagaimana pun... kepada yang masih belum capai cita-cita tu jangan bersedih... tingkatkan usaha sudah pasti boleh.

Note: kalau tanya anak dia kata nak jadi Upin dan Ipin... hish!hish!hish! kuat betul penangan TV ni ye

4 comments:

  1. Salam Kak Siti.

    Seronok baca pengalaman kak Siti masa kecik-kecik camni. Secara tak langsung teringat kisah lama Anita dulu. Dulu Aita pun pernah bercita-cita nak jadik kerani.hehe. Sebab tak pernah tengok dunia luar, jadi main bedal je nak jadik apa-apa..

    ReplyDelete
  2. cita2 dulu nak jadi cikgu
    hehe

    ReplyDelete
  3. ank suri mmg mint katun tu huu...

    mmg best dan mendamaiakn hati heeee

    ReplyDelete
  4. hehehe..biasa le time bebudak...jadi sojar pilihan pertama...

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page