
Kredit to Cik Nurul(Dinda Cik Siti)
PerhentianArtist: WingsCari perhentian di mana nak berhentiCamar kesucian satu cinta abadiDi mana diaSedang aku terlenaAku yang terjatuhTercicir entah dimanaHilang dalam jasad sendiri Oh.. Oh..Aku yang mencubaCari dan kutip kembaliKu basuh dengan pegagankuHari berganti masihkah aku di situMemerhatikan segala dalam pandanganKekaburanMelihat diri sendiri
Cik Siti: Kakak, tahu cakap bahasa inggeris tak?
Syasya: Tahu... (dengan penuh bangga dan confidence)
Cik Siti: Okey, ibu tanya kakak jawab ye.
Syasya: okey.
Cik Siti: What is your name?
Syasya: (tanpa bertanya maksudnya dia terus menjawab) Hai!
Cik Siti: what is your name?
Syasya: Hai! (okey... Cik Siti boleh tahan lagi)
Cik Siti: what is fahter's name?
Syasya: I know
Cik Siti:what is your mother name?
Syasya: okey.
Cik Siti tak boleh tahan lagi. Nak gelak kesian. last sekali Cik Siti tanya dia.
Cik Siti: kakak faham ke apa yang ibu tanya?
Syasya: tak...
Cik Siti: Habis tu kenapa kakak jawab?
Syasya: I know
pek! Cik Siti tepuk dahi....
Steps (Ismail Ahmad Nawab / Juwie)
Mengapa Sepi Tanpa Berita
Sejak kepergian mu
Fikiran ku sering terganggu
Perasaan makin rindu pada mu
Saban malam ku terkenang
Saban hari terbayang
Setiap saat ku menunggu
Hati ku tertanya-tanya
Apa khabar kau di sana
Mengapa sepi tanpa berita
Kirimkanlah berita mu
Walau sebaris ayat
Buat penawar rindu ku
( korus )
Masihkah kau ingat diri ku di sini
Seorang insan yang pernah kau sayangi
Bagi diri ku tak mungkin melupakan mu
Kerana ku masih menyintai mu
Masihkah kau ingat
Suatu masa dahulu
Betapa indahnya percintaan kita
Lupakah engkau pada peristiwa itu
Kini kau berubah hati
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Kelang kelip ku sangka api,
Kalau api mana sumbunya,
Hilang ghaib ku sangka mati,
Kalau mati mana kuburnya.
Dari mana punai melayang,
Dari sawah turun ke kali,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.
Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah hinggap di pohon nangka,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah dengan adat pusaka.
1)Vitamin A
-hati, ginjal, keju, kuning telur dan mentega.
-lobak merah, bayam, kubis, avokado dan tomato
2)Vitamin B kompleks( terdiri dari vitamin B1 dan B2)
kekurangan vitamin B boleh menyebabkan mata berair, keletihan mata dan sensitif pada cahaya.
Vitamin B1- yis, bijirin, kacang, daging dan hati
Vitamin B2- bijirin, hati dan sayur segar
Vitamin B12- hati, susu, telur dan daging
3)Vitamin C
Mengelakkan katarak akibat diabetes
-limau dan sayuran segar seperti kobis
4)Vitamin D dan E
-adalah minyak ikan, kuning telur, susu dan marjerin
5)Protien
ianya ada kaitan dengan rabun jauh. protien yang cukup boleh mengelakkan rabun jauh.
-daging, telur, ikan, ayam dan susu
ISNIN-LIRIK DAN LAGU.... (saja letak sebab monday blueskan?)
SELASA-INFORMASI (yang ini Cik Siti kena belajar dan kena banyak buat research)
RABU-WORDLESS WENESDAY
KHAMIS-KENANGANKU....
JUMAAT-PUISI
SABTU DAN AHAD-BEBAS...
Kita, selalu sahaja mencari kesalahan orang lain,
Tanpa melihat kesalahan diri sendiri,
Kita, selalu sahaja mendabik dengan kesalahan orang lain,
Tanpa memperbaiki kesalahan diri sendiri...
kenapa? sebab kita bernama manusia?
Kenapa? sebab kita berajakan nafsu?
dan percayalah.... bila kita menyalahkan orang lain
yang sebenarnya kesalahan itu berpunca dari kita.
Selain dari itu, ada sebab kenapa Cik Siti kurangkan blogging ni.
sebab apa? kesihatan mata yang tidak mengiszinkan. bukan sebab sakit mata,
sebab sekarang ni Cik Siti nak baca papan tanda yang jauh seratus meter dah
berdouble lak. huhuhu apakah ini tandanya yang Cik Siti akan rabun jauh?
Main Baling Selipar!
bila dah kena tu.... apa lagi? berterabur lari sebelum kita pulak kena balingBila kenang balik memang seronok masa tu. Yelah... bermain tu tak perlukan apa-apa modal. apa yang ada tu kita orang gunakan...
selipar. Belum sempat nak buka langkah seribu.... buk! Aduh! dah kena sekali kat
belakang. Tangan orang lelaki kalau membaling. mahu tak tinggal bekas. masa tu
mulalah menyenggeh macam kerang kerang busuk. Sakit tapi nak main juga.
esoknya Cik Siti kena keje...huhuhu... malam tu lak sedare nak datang bertandang. Cik Siti tak buat apa cuma masak nasi lauk ulam pegaga masak lemak dengan keledek, buat sambal belacan mangga, sambal udang, ayam goreng, ikan masin, ulam serta sup ayam. nak buat rendang dengan kuah kacang memang tak sempat sebab kerja hari tu.
RESEPI MEE REBUS
Utk kuah:
1Kg keledek
Daging dalam anggaran segenggam
(hari tu Cik Siti guna ayam sebab takut ada bangsa lain yang datang yelah... tpt keje Cik Siti ada cina yang Cik Abang ada india... so toleransi sikit)
Udang kering pun anggaran segenggam
2 inci halia
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 sudu rempah kari (ikut citarasa anda)
setengah sudu cili kering yang dikisar(tak nak pun tak pe)
1 ikat daun sawi
2 biji tomato
utk mee:
1 kg mee kuning yang dicelur
daun bawang
bawang goreng utk hiasan
bahan-bahannya:
3 genggam kacang tanah yang disangai sehingga masak. kemudian blender kering(jangan halus sangat ye)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
satu indi belacan
3 sudu besar udang kering
1 inci lengkuas
satu batang serai
5 sudu cili blender ikut selera (kalau nak pedas lebihkan sikit)
asam jawa
Kalau anda perasan widget disebelah kanan tu ada yang baru... top komentar... en3 ni Cik Siti nak ucapkan kepada para bloggers yang sudi singgah dan memberi komentar. kepada silent readers pun Cik Siti nak ucapkan terima kasih kerana sudi bertadang di sini. cuba jengah kat sebelah tu.... juara top komentar jatuh kepada teng...teng...teng...
BLOG YANG DIBERI NAMA CAHAYA CINTA.....
1)Bersuka ria memetik melati,
Di hujung desa duduk di perdu,
Apakah ia sebab di hati,
Gula kurasa pahit hempedu.
2)Penat berlari keliling kota,
Mendayung sampan dengan tenangnya,
Mengapa dicari jauh di mata,
Sedang di sini tak kurang hebatnya.
3)Cantik berseni sulam berdiri,
Rambut dibelek indah disisir,
Apakah ini salah sendiri,
Ditatang dikelek akhirnya tercicir.
Bila bekerja dengan public dan kebanyakkannya dari kalangan bangsa lain
kadang-kala buatkan kita dok fikir balik. dan yang bestnya kita berfikir
bagai nak pecah otak tu. tambahan lagi dengan uncle yang mungkin agak
kurang bahasa melayunya. ada masa kita cuba betulkan, tapi ada masa kita
pun tak faham. dan ayat yang tak pernah Cik Siti lupakan adalah bila Cik
Siti berurusan dengan uncle yang sudah melebihi separuh abad. "Saya mau check
saya punya 'tunggangan'." Ha? "itu saya mau chek saya punya 'tunggangan'." dok
garu kepala sambil nak memahami apa kehendak uncle tu. memang syabas Cik
Siti ucapkan pada dia bila dia berani nak berbahasa melayu tapi....
Namun tak lama lepas tu dia dok borak lagi... "Ibu.... ayam tu mengayuh."
kata dia. dengan penuh comfident! ayam mengayuh??? La.... ayam boleh
berenang ke? Cik Siti jengah lagi. mana tahu ayam tu
berenang-berenang sambil buat kuak lentang. lepas tu cik siti memang dah tak
boleh nak kontrol ketawa. Sorry ye nak.... tindakan luar kawalan....
"Kakak.... itu bukan mengayuh... itu mengais namanya.... ayam tak mengayuh...
dia mengais." bila adik Cik Siti dengar dia pun dah tak boleh nak kawal tawa
tu. akhirnya dia pun gelak.... apa pun Cik Siti bangga dengan dia dengan
comfident level yang ada. memang waktu umur macam tu waktu untuk dia
belajar..... dan rasanya banyak yang perlu dia belajar dan Cik Siti perlu
bimbing dia...
Macam mana senyum Cik Siti tak meleret bila nampak nama Cik Siti kat situ. Mahu tak terkejut. Tak sangka betul yang Cik Siti boleh dapat tempat yang kedua. terharu sangat. sebab itu le senyum Cik Siti meleret sampai ke telinga. Al-hamdulillah.... lepas untuk makan seminggu....
kerana itulah manusia dari kalangan berbeza latar belakang dan kemampuan bisa
menjadikan sesuatu institusi atau pun masyarakat itu berjaya. andai kata sesuatu
masyarakat itu hanya tahu membuat lantai dan tiada siapa yang tahu membuat
dinding dan bumbung sudah pasti hujan dan panas tidak dapat kita teduh.
sebab itu kita ada kemampuan kita sendiri dan lebihan kita untuk maju. dan
setiap kekurangan itu usahlah kita sedih kerana kelebihan yang kita ada tidak
mustahil akan mengatasi kekurangan kita itu.....
Lirik Lagu Hati Yang Rapuh - Rahimah Rahim
Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran
Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci
Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan
Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan
Dato' Shake
Anugerah Dari Kegagalan
Dari kegagalan
Satu percintaan
Kualami
Penderitaan
Kesengsaraan
Kebatinan
Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam
Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan
1
Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan
Ho ho
Orang lain masih lagi diulit cuti raya Cik Siti dah kembali ke KL pada hari khamis. sebab esoknya dah keje. memang rasa malas nak balik, tambahan lagi bonda Cik Siti nak ke Segamat pada hari sabtu(3/9/2011). huhuhu nak ikut!!!! tapi tak boleh sebab jumaat dan sabtu kena keje.
Cik Siti memang capek hari tu. mahu tidak, cover kaunter dan buat kerja 2 in 1 akhirnya Cik Siti rehat pukul 430 petang. itulah makan pagi dan makan tengahari. tak sempat habis rehat nak settle balancing.... wa..... tak pe.... tahun ni Cik Siti kerja selepas raye... tahun depan Cik Siti cuti lak selepas raye...
Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in
Top of page